MyMetroArena
Suzalina Halid
suzalina@nstp.com.my

ALOR SETAR:
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengakui ada kelemahan dalam perjanjian dibuat
antara pemain dan persatuan sebelum ini hingga menyebabkan ada pihak terpaksa
menanggung kerugian.
Setiausaha
Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris, berkata kelemahan di peringkat penasihat
undang-undang didapati wujud dalam pentadbiran persatuan sebelum ini.
Sehubungan itu
katanya, pihaknya akan melakukan penstrukturan semula dalam pengurusan KFA
khususnya membabitkan perjanjian dibuat demi memastikan wujudnya situasi
menang-menang antara dua pihak.
"Perjanjian
sebelum ini bukannya dalam situasi menang-menang kerana ada kelemahan malah
saya lihat penasihat undang-undang dalam KFA juga tidak mencapai tahap seperti
dikehendaki.
"Justeru
kita sedang melakukan penstrukturan semua dalam pengurusan kerana apa yang kita
nampak adanya kelemahan sebelum ini," katanya pada sidang media, di sini.
Beliau berkata
demikian bagi mengulas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan
pemain muda, Akhyar Rashid menebus kontrak beliau bernilai RM210,000 kepada
KFA.
Selain itu,
mana-mana pasukan mahu menandatangani beliau perlu membayar RM75,000 kepada
Kedah untuk pampasan latihan ataupun pembangunan.
Mengulas
mengenai perkara itu, Mohd Asmirul berkata, pihaknya bersedia untuk bertemu
dengan Setiausa Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam, untuk berunding berhubung
jumlah yang selayaknya diterima oleh KFA.
"Adakah
berbaloi seorang pemain yang kita sudah latih hingga ke peringkat antarabangsa
dengan hanya RM75,000...saya bersedia berjumpa dengan wakil FAM untuk tengok
kembali supaya boleh diberikan nilai berpatutan untuk KFA, " katanya.
Berita
berkaitan:• Pampasan Akhyar RM75,000 saja?
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 5:30 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan