Jumaat, 21 Disember 2018

Harap KFA selesaikan isu Akhyar


MyMetroArenaIzzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
 
ALOR SETAR: Kelab penyokong bola sepak Kedah mahu pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menyatakan nilai tuntutan sebenar yang dipersetujui dalam penamatan kontrak pemain muda mereka Akhyar Rashid.

Menurut wakil  jurucakap yang juga Presiden Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) Safarizal Mohd Sobri, KFA perlu tegas dan menyatakan jumlah yang dipersetujui untuk melepaskan Akhyar selepas persatuan itu tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan sebanyak RM75,000 seperti diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

"Perkara ini wajar dinyatakan kerana ia akan menjelaskan hasrat serta kedudukan KFA sebagai majikan dan persatuan profesional yang mengasuh dan membimbing Akhyar sehingga bergelar antara pemain bernilai negara buat masa ini," kata Safarizal.

"Kalau KFA mahu pampasan tinggi, kami harap KFA maklumkan sahaja berapakah nilai yang dimahukan kerana penyokong juga berhak tahu jumlah yang diletakkan itu memandangkan isu ini menjadi semakin panas.

"KFA mempunyai hak untuk berasa tidak puas hati dan sebagai majikan kepada Akhyar, biarlah penyokong turut dimaklumkan mengenai tuntutan berkenaan agar tidak timbul salah faham."

Berkaitan status Akhyar yang dikatakan sebagai ejen bebas oleh media rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini, pihak terbabit seperti KFA atau FAM juga perlu jelaskan segera kedudukan sebenar pemain itu.

"Adakah Akhyar sudah membayar wang pampasan berkenaan sehingga dia bergelar ejen bebas? Jika benar dia sudah menjadi ejen bebas, pihak yang terbabit perlu mengumumkan perkara berkenaan termasuk penyelesaian pembayaran yang 'membebaskannya’ dari KFA.

"Kami sangat berharap pihak Akhyar juga dapat menjaga nama baik KFA selaku majikanya kerana KFA sendiri memberi peluang kepadanya masuk secara elok, maka jika mahu keluar pun buatlah cara yang elok," katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Disember 2018 @ 8:15 PM

Kehadiran Akhyar mampu perkukuh JDT
 PENYERTAAN Akhyar Rashid (kanan) ke dalam skuad JDT dijangka dapat
PENYERTAAN Akhyar Rashid (kanan) ke dalam skuad JDT dijangka dapat membantu pemain muda itu menerima pendedahan yang lebih baik.
20 Disember 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Juara Liga Super lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memburu muka baharu dalam usaha mempertahankan gelaran itu, selain ingin memperkuatkan pasukan bagi mengharungi kejohanan Liga Juara-Juara AFC, musim depan.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest berkata, mereka sedang berunding untuk mendapatkan pemain muda Kedah, Akhyar Rashid yang kini berstatus bebas ejen, sejak dua minggu lalu.


“JDT telah memulakan rundingan bersama pemain muda berbakat, Akhyar Rashid yang kini boleh didapatkan khidmatnya secara percuma.

“Kami ingin memperkuatkan pasukan menjelang tahun bersejarah di mana Harimau Selatan akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang akan bertanding pada kejohanan Liga Juara-Juara AFC,” katanya menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Satu keputusan yang tepat jika pemain berusia 19 tahun itu memilih skuad Harimau Selatan untuk destinasi seterusnya, memandangkan mereka bakal bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), pentas yang sama sekali akan memberi pendedahan baharu Akhyar.

JDT berada dalam Kumpulan E kejohanan Asia itu, yang bermula Februari depan dan diletakkan bersama-sama kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC. Akhyar, menjadi tumpuan sejak beberapa tahun ini apabila tampil dengan aksi menarik dalam setiap perlawanan bersama Kedah, selain kerap menghasilkan gol-gol penting.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kehadiran-akhyar-mampu-perkukuh-jdt-1.807916#ixzz5aKHBQyCs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan