MUKHRIZ
(belakang, tengah) bersama Pengerusi Yayasan Salam Malaysia, Datuk Freezailah
Che Yeom (belakang, dua dari kiri) memakaikan beg sekolah kepada pelajar
sebagai simbolik penyerahan sumbangan program Kembali ke Sekolah peringkat
negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar hari ini. Turut sama, Pengarah
Hal Ehwal Korporat Philip Morris Malaysia, Sekar Menon (belakang, kanan).- FOTO
UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Muhamad Aimy
Ahmad
06 Disember
2018 9:54 PM
ALOR SETAR 6
Dis. - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengakui akan kehilangan penyerang
mereka, Muhammad Akhyar Abdul Rashid susulan keputusan Jawatankuasa Status
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan pemain itu menebus kontraknya
bersama skuad Lang Merah.
Presiden KFA,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pemain berusia 19 tahun itu adalah antara
aset terbaik yang dihasilkan 'kilang' Kedah, namun menganggap perkara itu
normal dan sering berlaku dalam pasukan.
"Memang
Kedah akan terasa kehilangan Muhammad Akhyar sebab dia datang dari kilang Kedah
tetapi biasa lah Kedah memang macam itulah.
“Bukan sekali
ini sahaja tetapi sudah banyak pemain kita yang ditawar bermain di peringkat
nasional dan akhirnya, kita tak dapat kembali selepas mereka selesai tugas
(bersama skuad kebangsaan).
"Sepatutnya
baliklah ke Kedah (dahulu) dan kemudian baru kita berurusan kalau ada pasukan
yang mahukan khidmat dia," katanya selepas merasmikan Program Kembali Ke
Sekolah 2019 peringkat negeri anjuran bersama Yayasan Salam Malaysia dan Philip
Morris (Malaysia) Sdn. Bhd. di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.
Jawatankuasa
Status FAM semalam mengumumkan, mesyuarat kali kesembilan bagi penggal
2017-2021 pada Isnin lalu memutuskan Muhammad Akhyar dibenarkan untuk menebus
kontrak bersama Kedah dengan bayaran nilai tebus kontrak sebanyak RM210,000.
Justeru,
mana-mana pasukan yang menandatangani kontrak pemain itu, dikehendaki untuk
membayar kepada responden iaitu KFA sebanyak RM75,000 sebagai pampasan latihan.
Sebelum ini,
Muhammad Akhyar yang dikaitkan akan dilamar Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa
kesnya ke FAM selepas gagal mencapai persetujuan bersama KFA berhubung
kontraknya yang masih berbaki setahun.
Mengulas
lanjut, Mukhriz berkata, KFA amat mengalu-alukan perpindahan Muhammad Akhyar
sekiranya pemain itu mahu berhijrah ke peringkat antarabangsa bagi mendapat
lebih banyak pendedahan.
"Kalau
dia terima tawaran contohnya mahu bermain di Thailand, itu kita sangat
galu-alukan (kerana) itu baik untuk dia. Tetapi kalau dia nak pindah ke satu
lagi pasukan di Malaysia juga maka ia tertakluk di bawah perjanjian sedia ada
kerana kontrak dengan Kedah belum habis lagi.
"Jadi,
mana-mana pasukan lain yang beria-ia mahukan dia, kenalah berurusan dengan KFA
dan tak bolehlah hanya berurusan dengan pemain sahaja kerana kita perlu ikut
undang-undang," ujarnya.
Sehubungan
itu, Mukhriz berharap, satu rundingan profesional perlu diadakan pada masa
depan agar tiada mana-mana pemain yang boleh meninggalkan pasukan sesuka hati.-
UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kehilangan-akhyar-akan-dirasai-kfa-1.800557#ixzz5YxgScIT2
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan