KFA terkejut
cadangan pampasan Akhyar
WAN MOHD NOOR
HAFIZ WAN MANSOR, FOTO: AHMAD ZAKI OSMAN 30 NOVEMBER 2018
Akhyar Rashid
Akhyar telah
diasah bakat oleh Kedah sejak empat tahun lalu. - Foto: Ahmad Zaki Osman
LANG Merah
terkejut dengan draf cadangan pampasan yang bakal diterima pihaknya sekira pemain
berbakat mereka, Akhyar Rashid sah keluar dari gergasi utara itu.
Setiausaha
Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris berkata,
nilai tersebut tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan KFA yang telah mengilap bakat pemain berkenaan
sehingga dikenali dan menarik minat banyak pasukan gergasi tanah air dan juga
beberapa pasukan luar negara.
Menurutnya,
beliau berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat membuat keputusan
profesional bagi memastikan hak pasukan yang telah melahirkan pemain-pemain
yang berkaliber tidak dinafikan selain diberikan ganjaran setimpal.
"Saya ada
melihat draf tersebut pagi tadi (semalam) dan mengakui nilainya begitu kecil
jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh KFA terhadap pemain tersebut
sejak 2014 dan masih mempunyai baki kontrak setahun.
"Kami
tidak puas hati di mana jumlah pampasan telah ditentukan dan bukannya dari KFA.
Mungkin ada penasihat di belakang tapi itu kami tidak kisah. Sepatutnya Kedah
yang buat keputusan kerana kami adalah majikan pemain," katanya kepada
Sinar Harian selepas Majlis Ramah Mesra Beliau sebagai Exco Belia, Sukan,
Pelancongan dan Keusahawanan Kedah bersama agensi kerajaan dan swasta di sebuah
hotel, semalam.
Mohd Asmirul
berkata, FAM telahpun memanggil pihaknya untuk berbincang dan akan menunggu
kata putus badan induk tersebut yang menjadi pengantara.
Menurutnya
yang enggan mendedahkan jumlah sebenar cadangan pampasan itu tetap berharap
pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar terus datang berunding dengan
pihaknya.
"Kalau
betul dia (Akhyar) nak keluar dari pasukan Kedah, sepatutnya pasukan yang
berminat dengannya datang terus untuk berbincang berhubung pampasan kontrak
pemain tersebut,"katanya lagi.
Sebelum ini,
Sinar Harian melaporkan Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustafa berkata perkara
tersebut telah dibawa oleh Akhyar ke FAM sebagai perantara untuk memuktamadkan
keputusan akhir.
Pihaknya
mempunyai 10 hari bermula 22 November lalu untuk menyelesaikan rundingan
selepas pemain berkenaan memohon untuk keluar dari pasukan berkenaan.
SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 30 NOVEMBER 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan