MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Ketika Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih berbalah
mengenai isu perpindahan Akhyar Rashid, juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim
(JDT) mengumumkan mereka sudah mengikat pemain muda itu.
Perkembangan itu diumumkan
menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers (JST), hari ini.
Sedikit berbeza berbanding
pengumuman pemain baharu skuad Harimau Selatan sebelum ini, pengumuman pemain
berusia 19 tahun itu dilakukan menerusi klip video pendek berdurasi 35 saat.
Klip video bermula dengan pemain
tanpa wajah yang menyarung jersi JDT membuka pintu ke bilik persalinan dan
kemudiannya tertera kata aluan 'Selamat Datang ke JDT' disusuli dengan gambar
Akhyar di penghujung klip video terbabit.
Klip video itu nyata mencuri
tumpuan pelayar internet apabila meraih lebih 500 komen dan kira-kira 900
perkongsian hanya dalam tempoh sejam selepas dimuat naik ke laman itu.
Berkutan kemasukan bekas pemain
Kedah itu, dia menjadi pemain tempatan pertama yang menyertai skuad itu bagi
mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
Malah, situasi ini menyaksikan
skuad bimbingan Luciano Figueroa itu kini memiliki tiga muka baharu selepas
mereka mendapatkan khidmat dua pemain import iaitu bekas pertahanan Lazio,
Mauricio dos Santos dan pemain tengah kelahiran Sepanyol, Aaron Niguez.
Kemasukan pemain kebangsaan itu
dijangka mampu menambah sengat JDT yang akan mencipta sejarah sebagai pasukan
pertama dari Malaysia bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 29 Disember 2018 @ 3:19 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan