Sedia mengadakan rundingan dengan
Akhyar
Manzor Azwira
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
20 Disember 2018 6:25 PM
KANGAR 20 Dis. - Belum reda
pertelingkahan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Persatuan Bolasepak Kedah
(KFA) bagi mendapatkan khidmat Akhyar Rashid, tiba-tiba Perlis turut menyatakan
minat yang sama untuk memancing bintang muda itu untuk memperkuatkan skuad
Singa Utara.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, status Akhyar kini
masih bebas dan pihaknya bersedia mengadakan rundingan dan merisik penyerang
berusia 19 tahun itu.
Beliau berkata, pihaknya sudah
mengaturkan pertemuan dengan Akhyar dalam tempoh terdekat dan berharap
perjumpaan tersebut berlangsung positif.
Malah katanya, PFA juga akan
bertemu semula dengan KFA bagi membincangkan semula status sebenar Akhyar
selain mendengar tuntutan mereka sekiranya ingin melepaskan pemain tersebut.
"Sebenarnya kita memang
berminat untuk merisik dan mendapatkan Akhyar sebelum berlakunya kemelut antara
KFA dgn JDT. Namun rancangan itu ditangguhkan kerana pada masa sama komitmen
penyerang tersebut yang masih bersama Kedah dan bersama skuad kebangsaan,”
katanya di sini, hari ini.
Sementara itu,Ketua Jurulatih
Perlis, Manzoor Azwira Abd. Wahid berkata, Perlis merasa bangga apabila
dikaitkan khabar perpindahan Akhyar ke negeri ini sebagaimana tular di beberapa
portal bola sepak sebelum ini.
“Datuk Presiden sememangnya
berminat dengan Akhyar sejak awal lagi. Di sini, kami ingin menegaskan sebagai
pasukan bola sepak yang baharu dibentuk semula, kami amat berminat membuka
pintu kepada Akhyar dan akan membuat rundingan bersamanya sebagai pemain yang
masih mempunyai status bebas seterusnya dijadikan aset Perlis,” katanya dalam
status yang dikongsi di laman facebook NorthernLions Perlis di sini, hari ini.
Antara pemain bintang yang sudah
mengesahkan untuk bersama Perlis bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim
depan ialah Safee Sali; Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya; Khyril
Muhymeen; Azmi Muslim dan Amiridzwan Taj Tajudin.
Sebelum ini, juara Liga Super,
JDT menegaskan mereka tidak perlu berhubung dengan KFA bagi mengadakan
rundingan dengan Akhyar.
Hal demikian kerana Akhyar
sudahpun berstatus ejen bebas selepas pemain berusia 19 tahun itu menamatkan
kontraknya bersama Kedah. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selain-jdt-perlis-turut-berminat-dapatkan-akhyar-1.808304#ixzz5aKDg45K0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan