Ahad, 20 Mei 2018 | 11:28am

PEMAIN sayap muda Kedah, Akhyar
Rashid optimis skuad Lang Merah sudah memiliki semangat kebangkitan. - Foto
Kedah FA
Jaringan gol lonjak semangat
Akhyar
Oleh Izzali Ismailsukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Pemain sayap muda
Kedah, Akhyar Rashid yakin Kedah mampu terus konsisten dalam memburu kemenangan
pada aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Darul Aman Selasa ini.
Akhyar yang meledak satu gol
ketika Kedah bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi,
Negeri Sembilan minggu lalu, optimis skuad Lang Merah sudah memiliki semangat
kebangkitan selepas menambah tiga mata seperti disasarkan.
"Saya yakin dengan kejayaan
mengutip tiga mata pada perlawanan ketika bertemu Negeri Sembilan minggu lalu
mampu memberi motivasi untuk saya dan rakan-rakan mengekalkan rentak serta
dapat memburu kemenangan di laman sendiri kali ini.
"Sumbangan gol ketika
menentang Negeri Sembilan turut melonjakkan semangat saya untuk terus berusaha
membantu skuad Lang Merah mengukuhkan kedudukan pada carta Liga Super.
"Apa yang penting adalah
perancangan diatur jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff yang perlu kami laksanakan
dengan sebaik mungkin dan fokus serta berdisiplin sepanjang 90 minit
perlawanan," katanya.
Dalam pada itu Akyar turut
mengakui skuad Pahang kendalian Dollah Salleh kini sudah berwajah baharu dan
diperkuatkan selepas kemasukan bekas pemain Terengganu, Issey Nakajima dan
bekas penyerang Kelantan, Austin Amutu.
"Saya sedar perlawanan kali
ini bukanlah laluan yang mudah bagi kami walaupun kami beraksi di laman
sendiri, namun semangat kebangkitan yang dirasainya semua pemain dalam pasukan
mampu dijadikan bekalan untuk memburu kemenangan.
"Latihan sebelah malam pada
bulan Ramadan ini berjalan dengan lancar dan saya yakin jurulatih mempunyai
ramuan terbaik meneruskan kejayaan Kedah dan pastinya dapat mengenalpasti
strategi terbaik untuk perlawanan itu nanti.
"Beraksi di laman sendiri
harus kami manfaatkan sepenuhnya dan hasrat serta misi kami adalah untuk
mendapatkan tiga mata di laman sendiri dan terus tingkatkan kedudukan ke
kelompok teratas carta Liga Super," katanya
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad,
20 Mei 2018 | 11:28am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan