MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: RM12 juta!
Itu harga yang perlu dibayar oleh
mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat pemain baharu Johor Darul
Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid selepas ini.
Pengarah Sukan JDT, Martin Prest
menerusi kenyataan di laman Johor Southern Tigers (JST) mengesahkan mereka
menambah klausa pelepasan ke atas kontrak Akhyar yang ditandatangani untuk
kontrak empat tahun.
"JDT berasa gembira
menandatangani pemain berusia 19 tahun, Akhyar Rashid dengan kontrak empat
tahun. JDT juga menambah klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12 juta ke
atas kontrak Akhyar.
"Terdapat yuran pembangunan
sebanyak RM75,000 yang perlu dibayar kepada bekas kelab pemain itu dan sebagai
tanda hormat kepada pasukan Kedah yang sudah membangunkan bakat Akhyar, JDT
akan membayar mereka RM100,000," katanya.
Terdahulu, JDT mengumumkan mereka
sudah mengikat pemain muda itu ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih berbalah mengenai isu perpindahan pemain
terbabit.
Sedikit berbeza berbanding
pengumuman pemain baharu skuad Harimau Selatan sebelum ini, pengumuman pemain
berusia 19 tahun itu dilakukan menerusi klip video pendek berdurasi 35 saat.
Klip video bermula dengan pemain
tanpa wajah yang menyarung jersi JDT membuka pintu ke bilik persalinan dan
kemudiannya tertera kata aluan 'Selamat Datang ke JDT' disusuli dengan gambar
Akhyar di penghujung klip video terbabit.
Klip video itu nyata mencuri
tumpuan pelayar internet apabila meraih lebih 500 komen dan kira-kira 900
perkongsian hanya dalam tempoh sejam selepas dimuat naik ke laman itu.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 29 Disember 2018 @ 7:04 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan