Akhyar minat sarung jersi Perlis?
PFA telah bertemu dan berunding
dengan Akhyar
Akhyar
Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal
Shaifit Ahmad Rafie (dua dari kanan) menyerah jersi kepada Akhyar Rashid
selepas mengadakan pertemuan dan rundingan dengan pemain tersebut. -
facebook/officialperlisnl
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
22 Disember 2018 10:05 PM
KANGAR 22 Dis. - Impian Perlis
untuk mendapatkan khidmat bintang muda Kedah, Akhyar Rashid nampaknya semakin
menjadi kenyataan apabila penyerang sensasi kebangsaan itu juga dikatakan
berminat menyarung jersi skuad Singa Utara musim depan.
Perkara itu diakui sendiri oleh
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad
Rafie yang mengadakan pertemuan dan rundingan dengan Akhyar di Kedah, semalam.
“Akhyar kata minat sangat nak mai
(menyertai Perlis) selepas tertarik dengan wajah baharu pasukan itu yang
dibarisi pemain mantap dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
“Dia (Akhyar) juga tertarik
dengan pengurusan baharu skuad ini. Dia akan memberikan keputusan dalam masa
terdekat ini.
“Kita sangat berharap dapat
mendapatkan khidmat Akhyar bagi memperkuatkan pasukan musim depan,” katanya
kepada Utusan Online, di sini hari ini.
Selain Perlis, beberapa pasukan
seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor juga berminat memancing Akhyar.
Perlis yang sekian lama menyepi
dalam arena bola sepak negara nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk
mengembalikan zaman kegemilangan Singa Utara yang pernah menjadi antara kuasa
bola sepak negara.
Antara pemain bintang yang sudah
mengesahkan untuk bersama Perlis bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim
depan ialah Safee Sali; Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya; Khyril
Muhymeen; Azmi Muslim dan Amiridzwan Taj Tajudin. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/akhyar-minat-sarung-jersi-perlis-1.809549#ixzz5aVAkwD8m
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan