MyMetroArena
Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan
Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menegaskan semua pihak
tidak boleh menyalahkan Akhyar Rashid jika pemain itu benar-benar mahu
berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beliau berpendapat semua pemain
di negara ini menaruh impian untuk beraksi dengan JDT berdasarkan pelbagai
kemudahan yang disediakan kelab selatan tanah air itu.
“Terus terang saya katakan semua
pemain di negara ini akan mimpi untuk ke JDT kerana kalau saya sebagai seorang
pemain pun saya tidak teragak-agak (menerima) kalau mendapat tawaran JDT.
“Mereka (JDT) memiliki kemudahan
yang baik, pemain yang bagus, tiada masalah gaji, tiada masalah bonus, ada
pemain import yang baik, boleh main di Liga Juara-Juara Asia dan banyak lagi.
“Tunku Ismail Sultan Ibrahim
(pemilik JDT) sudah bagi semuanya, apa lagi yang pemain mahu? Bagi kes Akhyar,
terpulang kepada dia, tapi anda tidak boleh salahkan dia jika dia nak ke JDT,”
katanya.
Spekulasi perpindahan Akhyar
menjadi isu hangat ketika ini selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mendakwa
JDT tidak mengadakan perbincangan lanjut dengan mereka sedangkan pemain itu
masih memiliki kontrak setahun bersama Helang Merah.
Malah, KFA juga tidak berpuas
hati dengan nilai pampasan sebanyak RM75,000 yang diputuskan Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan pemain Harimau Malaya itu.
Menerusi keputusan mesyuarat
Jawatankuasa Status FAM, awal bulan ini juga menyaksikan Akhyar dibenarkan
untuk menebus kontraknya sebanyak RM210,000 bersama KFA.
Selain JDT dan Perlis, timbul
juga spekulasi mengejutkan apabila Selangor turut dikatakan berminat untuk
mendapatkan khidmat Akhyar musim depan.
Sambil mengakui tidak mengetahui
mengenai spekulasi itu, Sathianathan yang juga jurulatih Selangor tidak
menafikan Red Giants sedia membuka pintu terhadap pemain bagus seperti Akhyar.
“Kalau benar dia nak datang ke
Selangor, kami (sedia) buka pintu. Tapi kami kena fikir juga Akhyar nak ke
sertai Selangor atau dia ada syarat lain. Tapi kalau anda tanya saya dari mata
seorang jurulatih, memang bodoh kalau kami cakap tak nak terima dia,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 21 Disember 2018 @ 5:47 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan