SUKAN»Bola
Selasa, 28 Mei
2019 | 9:34pm

Akhyar Rashid
pada sesi latihan menjelang perlawanan persahabatan menentang pasukan Nepal 2
Jun ini. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Akhyar pasrah
tak beraya
Oleh Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my
KUALA LUMPUR:
Pemain sayap skuad kebangsaan, Akhyar Rashid pasrah tidak dapat meluangkan masa
menyambut Aidilfitri lebih lama bersama keluarga tahun ini.
Ia susulan
pemain kelahiran Kedah itu perlu menggalas tanggungjawab besar bersama Harimau
Malaya untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Timor
Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 dan dan 11 Jun ini.
Akhyar
bagaimanapun menganggap ia adalah lumrah sebagai pemain bola sepak dalam menyumbang
bakti kepada negara.
“Kalau ikutkan
memang berat hati apabila terpaksa mengharungi perlawanan ketika Aidilfitri dan
kalau boleh saya harap dapat cuti, tapi ini tugas demi negara.
"Kemungkinan
keluarga saya akan datang ke sini (Kuala Lumpur) untuk menyambut Hari Raya
Aidilfitri bersama selain memberi sokongan pada perlawanan nanti,” katanya.
Harimau Malaya
akan berdepan Nepal terlebih dulu dalam aksi persahabatan di gelanggang sama
pada 2 Jun ini.
Selain itu,
Akhyar turut bersedia menjadi membantu jentera serangan negara yang kini
ketiadaan penyerang yang benar-benar tulen.
“Setakat ini
saya bermain di bahagian tengah dan sudah semestinya tugas kami untuk membantu
rakan sepasukan. Apapun segalanya terpulang kepada percaturan jurulatih.
“Jika
jurulatih melihat saya lebih diperlukan di posisi lain, ia tidak menjadi
masalah dan saya tetap akan cuba memberikan persembahan terbaik,” katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Selasa, 28 Mei 2019 | 9:34pm
Selasa, 28 Mei
2019 | 9:34pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan