AKHYAR RASHID
SHARILFUDDIN SAARIsukankita@yahoo.com
27 Disember 2018 3:00 AM
KANGAR 26 Dis. - Kontroversi yang
menyelubungi penyerang remaja sensasi, Muhammad Akhyar Rashid sejak hampir
sebulan lalu dijangka berakhir hari ini.
Selepas mengadakan pertemuan
dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, Kedah bakal mengumumkan
masa depan pemain berusia 19 tahun itu bersama Lang Merah.
“Hari ini kami mengadakan
perbincangan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan FAM untuk membincangkan
mengenai kedudukan Akhyar.
“KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah)
akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu esok,” kata Setiausaha
KAFA, Asmirul Anuar Aris kepada Utusan Malaysia.
Terdahulu, dalam satu kenyataan
berasingan, KFA menegaskan, Akhyar atau lebih dikenali sebagai Mat Yat masih
milik mereka kerana kontrak penyerang kebangsaan itu hanya akan berakhir pada
30 November, 2019.
Begitupun, dalam usaha
menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan sejak sebulan lalu, KFA bertemu FAM
bagi membincangkan tentang jumlah pampasan RM75,000 yang ditetapkan
Jawatankuasa Status badan sukan tersebut.
Pada ketika KFA masih tidak
gembira dengan tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang didakwa mahu memancing
Penyerang Terbaik Kebangsaan 2018 itu menerusi ‘pintu belakang’, tiba-tiba
Akhyar dikaitkan pula dengan pasukan jiran, Perlis.
Sementara itu, abang Akhyar,
Rafdi Rashid menegaskan, adiknya mempunyai hak untuk memilih pasukan mana yang
mahu diwakili.
“Ikut Akhyar nak pergi mana pun,
dia ada hak untuk membuat keputusan. Sebagai abang, saya berharap dia membuat
keputusan terbaik demi masa depannya,” kata Rafi yang juga Ketua Jurulatih
skuad Presiden Perlis.
Ketika ditanya mengenai pasukan
mana yang akan menjadi pilihan Akhyar musim depan, Rafdi memberitahu, adiknya
itu belum membuat keputusan mengenainya.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/drama-mat-yat-berakhir-hari-ini-1.811061#ixzz5atItfUvX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan