MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: 'Drama' membabitkan
perpindahan pemain muda negara, Akhyar Rashid terus berpanjangan selepas
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dilihat tetap enggan melepaskan pemain sayap
lincah itu kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Meskipun JDT mengesahkan mereka
sudah menandatangani pemain berusia 19 tahun itu namun KFA menegaskan Akhyar
masih milik skuad Lang Merah.
"Ini kerana setakat ini
tiada proses penebusan kontrak oleh pemain dan pelepasan dilakukan menurut
peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)
dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Sijil Pelepasan Pemain
masih di bawah hak mutlak KFA dan status quo pemain itu kekal sehingga 30
November 2019. Sebarang perlanggaran menandatangani dua kontrak pada masa yang
sama adalah penghinaan kepada Statut FAM.
"Pihak berkenaan akan
menjadi asas aduan tatatertib oleh KFA dan kami sedang dalam proses meneruskan
tindakan di Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS)," kata persatuan itu menerusi
laman rasmi KFA, hari ini.
Terdahulu, ketika FAM dan KFA
masih berbalah mengenai isu perpindahan Akhyar Rashid, juara Liga Super itu
mengumumkan mereka sudah mengikat pemain muda itu.
Perkembangan itu diumumkan
menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers (JST), hari ini.
Sedikit berbeza berbanding
pengumuman pemain baharu skuad Harimau Selatan sebelum ini, pengumuman pemain
berusia 19 tahun itu dilakukan menerusi klip video pendek berdurasi 35 saat.
Malah, mereka turut mengumumkan
menambah klausa pelepasan bernilai RM12 juta ke atas kontrak Akhyar serta
bersedia membayar RM100,000 sebagai yuran pembangunan meskipun mereka hanya
perlu membayar RM75,000 kepada KFA.
Berita berkaitan:• Akhyar sah
milik JDT
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 29 Disember 2018 @ 7:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan