SUKAN»Bola
Isnin, 13 Mei
2019 | 10:49am

GAMBAR fail,
Muhammad Akhyar Rashid (kanan) ketika menentang pasukan Filipina, ketika
perlawanan pusingan pertama bagi kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia
(AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam, Mac lalu. - Foto Sairien Nafis
Keluarga
relakan Akhyar ke Belarus
Oleh Syafiq
Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Sekalipun Liga Perdana Belarus tidak gah seperti Liga Perdana Inggeris dan La
Liga, peluang untuk beraksi di negara Eropah Timur itu tidak akan disia-siakan
pemain sedang meningkat, Akhyar Rashid.
Selepas pemain
sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikaitkan dengan khabar angin bahawa juara
Liga Perdana Belarus 2018, BATE Borisov dikatakan mengintai khidmatnya, abang
Akhyar - Rafdi Rashid mengakui keluarganya ‘merelakan’ pemergian Akhyar ke luar
negara bagi mengembangkan lagi potensinya dalam sukan bola sepak.
Jelas Rafdi,
meskipun Belarus dilihat sebagai negara yang sangat asing, itu adalah peluang
terbaik untuk Akhyar bermula daripada pasukan di Belarus bagi membolehkan dia
mencipta tapak di sana terlebih dahulu.
“Saya belum
mendapat apa-apa panggilan daripada ejen membabitkan perkara ini namun
seandainya perkara ini benar, saya serahkan semuanya kepada JDT untuk
menguruskannya.
“Cuma sebagai
ahli keluarga, kami sememangnya mahu melihat Akhyar beraksi di luar negara
kerana dia juga sememangnya mengimpikan peluang sebegini. Kami memberi sokongan
sepenuhnya kepada Akhyar.
“Tiada apa
yang perlu dirisaukan. Sebelum ini pun, kami banyak berbual dengannya dan dia
sendiri bersedia untuk ke luar negara sekiranya mendapat tawaran. Dia masih
muda dan inilah masanya untuk dia tunjukkan potensi yang dimilikinya,” katanya
ketika dihubungi BH Sukan.
Reputasi
pemain muda negara itu selepas menyertai skuad Harimau Selatan terus melambung
selepas khidmatnya dikatakan diintai BATE Borisov.
Menerusi satu
kenyataan di laman Football Agent Malaysia, pasukan terbabit berminat untuk
menguji pemain sayap lincah itu dalam masa terdekat selepas tertarik dengan
potensi yang dimiliki pemain muda itu.
Sebagai rekod,
bekas pemain Kedah itu menyertai juara bertahan Liga Super itu pada musim ini
dengan kontrak selama empat tahun dengan pemain kebangsaan itu memiliki nilai
tebus kontrak sebanyak RM12 juta yang diletakkan JDT.
SUMBER- Isnin,
13 Mei 2019 | 10:49am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan