MyMetroArena
Daripada
Aziman Rosdi di Changshu dan China
aziman@nstp.com.my

PENYERANG muda
negara, Akhyar Rashid (gambar) bersedia menggalas tugas menggempur kubu Jordan
pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Stadium Changshu,
esok.
Pemain lincah
berusia 18 tahun itu mungkin menjadi taruhan pengendali, Datuk Ong Kim Swee
selepas N Thanabalan mengalami kecederaan hamstring ketika tewas 1-4 kepada
Iraq dalam perlawanan pembukaan kelmarin.
Biarpun hanya
masuk sebagai pemain gantian, kehadiran Akhyar memberi impak kepada permainan
skuad negara apabila dia banyak melakukan larian serta mencipta peluang Safawi
Rasid menjaringkan gol pada minit ke-79.
“Perlawanan
kelmarin saya masuk selama 30 minit, rasa kurang puas hati sebab masuk pun
rentak permainan sudah laju, cuaca sejuk memang sukar bernafas dan lambat dapat
rentak. Tapi dari segi permainan semua OK cuma kena kurangkan kesilapan.
“Untuk
perlawanan esok menentang Jordan, saya harap dapat bermain dalam kesebelasan
utama sebab Thanabalan cedera jadi ada kelebihan untuk saya,” katanya ketika
ditemui, hari ini.
Bagaimanapun
ia bukan tugas mudah berdepan Jordan yang berkongsi satu mata apabila seri 2-2
dengan Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C.
Jordan, yang
menduduki tempat ketiga pada edisi pertama 2013 dilihat lawan setara seperti
bekas juara Iraq dan bagi Akhyar, mereka perlu melakukan sesuatu jika mahu
mencipta kejutan.
“Saingan sama
macam Iraq, dari segi fizikal memang kami kalah, cuma kami kena gerakkan bola,
bantu pasukan serta kurangkan kesilapan sendiri,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 5:49 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan