Mohd. Izuan
Roseli
16 Mei 2019
3:00 AM
PEMAIN Pasukan
JDT, Akhyar Rashid meraikan jaringan gol kedua JDT bersama pasukan dalam
Perlawanan antara JDT menentangg Pahang di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos,
Larkin di sini hari ini.
JUARA
bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dilihat semakin sukar dicabar apabila
mengukuhkan cengkaman Liga Super 2019 dengan kemenangan 2-0 ke atas pencabar
terdekat, Pahang di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin malam kelmarin.
Kejayaan yang
hadir menerusi jaringan kapten JDT, Harris Harun pada minit ke-69 dan gol
penyerang lincah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada babak kedua itu
menyaksikan skuad Harimau Selatan selesa meninggalkan Pahang dengan lapan mata
di persada liga.
Pengendali
JDT, Luciano Figueroa jelas sekali berpuas hati dengan prestasi kesemua 11
pemainnya pada pertemuan itu yang disifatkan memberi kelegaan buat dirinya,
selepas Harimau Selatan berjaya menundukkan musuh ketat mereka itu.
“Perlawanan
pada malam ini (kelmarin) merupakan satu perlawanan yang agak sukar dan
penting. Saya gembira apabila mereka (pemain JDT) berjaya menterjemahkan
permainan yang menarik dan memberi tiga mata berharga buat pasukan,” kata
Figueroa pada sidang akhbar kelmarin.
Bagaimanapun,
jurulatih dari Argentina itu mengakui masih terdapat ruang untuk pasukannya
memperbaiki permainan mereka khususnya ketika situasi bola mati di bahagian
serangan.
“Memang kami
perlu memperbaiki set-piece ini dan ia tampak kurang berkesan pada malam ini
(kelmarin) disebabkan fizikal pemain Pahang yang tinggi. Bagaimanapun, kami
sering mencuba sesuatu yang baharu dan kadang-kadang ia menjadi dan
kadang-kadang tidak,” katanya.
Dalam pada
itu, pemain muda JDT, Akhyar Rashid membuktikan dirinya layak dilabel sebagai
pemain paling bernilai di Malaysia apabila membantu pasukannya mendapat gol
pertama sebelum meletakkan nama selaku penjaring kedua malam kelmarin.
“Saya sangat
gembira kerana dapat membantu pasukan menambah tiga mata dan memenangi
perlawanan ini. Semua tahu bahawa perlawanan ini amat sukar kerana Pahang juga
dibarisi pemain yang bagus.
“Saya
sememangnya sangat mengimpikan agar diturunkan dalam setiap perlawanan. Ketika
sesi latihan juga saya akan menunjukkan keinginan saya. Alhamdulillah, malam
tadi (kelmarin) saya telah diberi peluang tersebut,” katanya.
SUMBER-KOSMO
ONLINE 16 Mei 2019 3:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan