PENYERANG JDT, Akhyar Rashid
(kiri) diasak pemain lawan ketika menentang Shandong Luneng FC di Stadium Tan
Sri Hassan Yunos, Larkin di sini semalam. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
09 Mei 2019 4:24 PM
KUALA LUMPUR 9 Mei - Kelincahan
penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid telah berjaya menarik
perhatian kelab dari Belarus, BATE Borisov.
Menurut kenyataan Football Agent
- Malaysia, kelab yang berpangkalan di Belarus itu berminat untuk menguji
pemain berusia 20 tahun tersebut selepas melihat potensi yang dimiliki oleh
Akhyar.
“Kami akan menghubungi Akhyar dan
JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut.
“Akhyar bakal menjadi pemain Malaysia
yang pertama bermain di Liga Europa atau Liga Juara-Juara sekiranya berjaya
menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu serta BATE
Barisov layak ke kejohanan tertinggi eropah itu pada musim 2019/2020,” katanya.
Akhyar menyertai JDT pada musim
ini selama empat tahun dengan kontraknya ditebus nilai sebanyak RM12 juta.
Bagaimanapun berita tersebut
tidak dapat disahihkan kebenarannya. SUMBER- UTUSAN ONLINE 09 Mei 2019 4:24 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan