MyMetroArena
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@mediaprima.com.my

'SAHAM' penyerang lincah Johor
Darul Ta'zim FC (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid makin 'mencanak' selepas
dikatakan diintai kelab Liga Perdana Belarus, Bate Borisov.
Football Agent – Malaysia dalam
kenyataan di laman Facebook mereka hari ini, menyatakan kelab yang menduduki
tangga ke tiga selepas enam perlawanan liga negara terbabit, berminat menguji
pemain kelahiran Kedah itu dalam masa terdekat.
Menurutnya, sekiranya berjaya
menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu, Akhyar
berkemungkinan menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Juara-Juara UEFA
(UCL) dan Liga Eropah pada musim 2019/2020.
Musim ini, BATE Borisov terkeluar
daripada saingan Liga Europa selepas tewas kepada Arsenal dengan agregat 3-1
pada pusingan kalah mati.
"Bate Barisov juga tidak
asing lagi dalam kancah saingan UCL dan Liga Eropah.
Pada musim 2018, mereka memenangi
liga utama Belarus buat kali yang ke-13 berturut-turut.
"Kami akan menghubungi
Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih
lanjut," katanya.
Untuk rekod Akhyar baru
menantangani kontrak empat tahun bersama JDT pada penghujung tahun lalu dan
tebus kontraknya bernilai RM12 juta bagi mana-mana pasukan yang ingin
mendapatkan khidmatnya.
Akhyar yang juga pemenang
anugerah penyerang muda terbaik sebelum ini menjadi fokus peminat bola sepak
tanah air apabila menjadi rebutan antara pasukan asalnya, Kedah dengan JDT.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 9 Mei 2019 @ 1:36 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan