SUKAN»Bola
Khamis, 9 Mei 2019 | 3:13pm

Gambar fail, Muhammad Akhyar
Rashid (tengah) diasak 2 pemain China pada pusingan kelayakan Kejuaraan
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam, Mac
lalu. - Foto Sairien Nafis
Akhyar pikat BATE Borisov
KUALA LUMPUR: Reputasi pemain
sedang meningkat, Akhyar Rashid selepas menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT)
terus melambung selepas pemain berusia 20 tahun itu dikatakan diintai kelab
dari Belarus, BATE Borisov.
Menerusi satu kenyataan di laman
Football Agent- Malaysia, juara Liga Perdana Belarus musim 2018 itu berminat
untuk menguji pemain sayap lincah itu dalam masa terdekat selepas tertarik
dengan potensi yang dimiliki pemain muda itu.
"Kami akan menghubungi
Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih
lanjut.
"Beliau bakal menjadi pemain
Malaysia pertama yang akan beraksi di saingan tertinggi Eropah sekiranya
berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu
serta BATE Barisov layak ke kejohanan terbabit bagi musim 2019/2020," kata
kenyataan itu, hari ini.
Sebagai rekod, BATE Borisov
keitka ini menduduki tangga ketiga liga selepas enam perlawanan dan pernah
beraksi dalam saingan Liga Juara Juara
dan Liga Europa.
Musim ini, mereka beraksi dalam
saingan Liga Europa dan mara sehingga ke kelompok 32 terbaik sebelum tunduk di
tangan Arsenal 1-3 secara agregat.
Akhyar menyertai juara bertahan
Liga Super itu pada musim ini dengan kontrak selama empat tahun dengan pemain
kebangsaan itu memiliki nilai tebus kontrak sebanyak RM12 juta.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 9 Mei 2019 | 3:13pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan