MyMetroArena
PENYERANG
Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menepati ramalan selepas merangkul trofi
Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK)
ke-19 di Hotel Tenera, Bangi, malam ini.
Kejayaan itu
turut menyaksikan pemain berusia 22 tahun berkenaan mempertahankan gelaran,
sekali gus muncul pemain termuda yang pernah diangkat sebagai MVP.
Pemain
kelahiran Terengganu yang turut dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain
Paling Popular itu sedang berada di kemuncak karier selepas membantu skuad
kendalian Benjamin Mora memenangi Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan
mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut.
Skuad Harimau
Selatan mendominasi sebahagian besar anugerah ABK 19 dengan Akhyar Abdul Rasid
diangkat sebagai Pemain Muda Harapan manakala anugerah Pemain Import Terbaik
menjadi milik Diogo Luis Santo.
Farizal
Marlias pula dinobatkan selaku Penjaga Gol Terbaik sambil kapten JDT, Harris
Harun dipilih menjadi Pemain ASEAN Terbaik.
Pemain
naturalisasi pertama negara yang kini mewakili Pahang, Mohamadou Sumareh
dipilih Pemain Tengah Terbaik manakala pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh
merangkul anugerah Jurulatih Terbaik.
Sementara itu,
pemain Perak, Shahrul Saad dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik sekali gus
mempertahankan anugerah yang dimenanginya tahun lalu.
Pemilihan
calon kali ini dibuat menerusi Jawatankuasa Saringan ABK 19 sebelum pemenang
ditentukan oleh 23 jurulatih, 23 kapten dan 23 wakil media tempatan.
Manakala bagi
pemenang kategori utama MVP pula ditentukan menerusi undian lima anggota
jawatankuasa yang dilantik khas.
Senarai
pemenang ABK 2019
Pemain Paling
Bernilai: Safawi Rasid (JDT)
Penyerang
Terbaik: Safawi Rasid (JDT)
Pemain Tengah
Terbaik: Mohamadou Sumareh (Pahang)
Pertahanan
Terbaik: Shahrul Saad (Perak)
Penjaga Gol
Terbaik: Farizal Marlias (JDT)
Jurulatih
Terbaik: Dollah Salleh (Pahang)
Pemain Muda
Harapan: Akhyar Abdul Rashid (JDT)
Pemain ASEAN
Terbaik: Hariss Harun (JDT)
Pemain Import
Terbaik: Diogo Luis Santo (JDT)
Kasut Emas:
Fernando Rodriguez (Kedah)
Pemain Paling
Popular: Safawi Rasid (JDT)
Pasukan
Terbaik: JDT
Penyokong
Terbaik: JDT
Pemain Terbaik
AFL Liga M3: Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Kelantan United FC)
Pasukan
Terbaik AFL Liga M3: Armed Forces FC
Anugerah Mesra
Media: B. Sathianathan (Selangor)
Anugerah Fair
Play: Terengganu FC II
Media Sosial
Terbaik: JDT
Laman Web
Terbaik: johorsoutherntigers.com.my
Penjaring
Terbanyak Tempatan (Liga Super): Safawi Rasid (8) JDT
Penjaring
Terbanyak (Liga Super): Kpah Sherman (14) PKNS FC
Penjaring
Terbanyak Tempatan (Liga Perdana): Bobby Gonzales (9) Sarawak
Penjaring
Terbanyak (Liga Perdana): Zarko Korac (13) UiTM FC
Anugerah
Pengadil Berpotensi: Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah
Anugerah
Komuniti: The Ohana Project
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 11:05 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan