BERNAMA | | 21 November 2019

Antara pemain-pemain B-22 yang
membawa cabaran negara di pentas Sukan SEA 2019. - Foto Facebook FAM
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin dengan kemampuan skuad Bawah 22
Tahun (B-22) negara kendalian Datuk Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2019 di
Filipina.
Prestasi barisan pemain sepanjang
kem latihan pusat bermula 4 November lepas serta keputusan positif diraih dalam
beberapa siri persahabatan menyaksikan Hamidin percaya Kim Swee individu tepat
untuk membawa Malaysia meraih kejayaan di Filipina.
“Kita dapat lihat skuad
kebangsaan di bawah pimpinan beliau (Kim Swee) mampu menempa kejayaan. Ini juga
membuka peluang kepada setiap pemain, untuk membuktikan kemampuan
masing-masing," katanya selepas menyaksikan sesi latihan skuad B-22, di
Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.
Pada sesi latihan tersebut, skuad
B-22 negara mencatat kemenangan 3-0 dan 2-0 masing masing ke atas Northern
Territory FC dan Western Australia FC dalam aksi persahabatan.
Kim Swee pernah menghadiahkan
pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011 dan pingat perak pada Sukan SEA Kuala
Lumpur 2017 (KL2017).
Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia
akan memulakan kempen bertemu Myanmar pada Isnin, diikuti Filipina (29
November), Timur Leste (2 Disember) dan Kemboja (4 Disember).
Kesemua perlawanan akan
berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila. - Bernama
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/58494/BERITA/Sukan/Harimau-Muda-mampu-gegar-Filipina!
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan