SUKAN»Bola
Jumaat, 29
November 2019 | 12:33pm

Gambar fail,
Akhyar Rashid (kanan) cuba melepasi 2 pemain Myanmar, pada perlawanan peringkat
kumpulan A bola sepak Sukan SEA Filipina 2019 di Stadium Memorial Rizal, Isnin
lalu. - Foto Osman Adnan
Akhyar Rashid
sedia tenggelamkan Filipina
Daripada Helmi
Talkah di Manila
helmi.talkah@bh.com.my
MANILA: Pemain
sayap skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Akhyar Rashid mahu memanfaatkan
kelebihan dimilikinya bagi membantu pasukan mencipta kemenangan ke atas
Filipina dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Rizal Memorial, malam
ini.
Pemain berusia
19 tahun itu, berkata peluang menyaksikan perlawanan antara Filipina menentang
Myanmar, semalam membolehkan dia dan rakan sepasukan mengkaji kelemahan
dimiliki pasukan lawan itu.
“Bagi saya
pertemuan dengan Filipina akan menjadi perlawanan yang sukar terutama fizikal
pemain mereka lebih besar.
“Namun, apa
yang saya lihat, mereka juga ada buat kesilapan dan sudah pasti kami boleh
gunakan kelebihan itu untuk mencipta gol,” kata Akhyar yang memiliki kelebihan
dari aspek kelincahannya mengawal bola dan larian yang pantas.
Skuad negara
dan Filipina berkongsi misi yang sama menjelang aksi malam esok dengan
kedua-dua pasukan memburu tiga mata pertama.
Malaysia seri
1-1 dengan Myanmar pada aksi pembukaan manakala Filipina terikat 1-1 dengan
Kemboja. Namun, The Azkals yang turun dalam aksi kedua tewas 1-2 di tangan
Myanmar, kelmarin.
Berbanding
Malaysia, Filipina lebih tertekan memandangkan mereka hanya mengutip satu mata
selepas mengharungi dua perlawanan.
Sementara itu,
pemain muda, Umar Hakeem Suhar Rezwan berkata dia sudah bersedia sekiranya
diberikan kepercayaan sekali lagi untuk berada dalam kesebelasan utama pada
pertemuan dengan Filipina.
Pengendali
negara, Datuk Ong Kim Swee memberikan kepercayaan kepada pemain berusia 17
tahun itu berada dalam kesebelasan utama ketika aksi menentang Myanmar sebelum
dia dikeluarkan pada separuh masa kedua.
“Saya fikir
jurulatih (Kim Swee) sudah mempunyai perancangannya untuk mengatasi Filipina
dan sebagai pemain ikut perancangan jurulatih. Sama ada saya diturunkan atau
tidak itu terpulang kepada jurulatih.
“Sebagai
pemain, saya sentiasa bersedia sekiranya diturunkan,” katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan