MyMetroArena

BERNAMA
PEMAIN muda
meningkat naik Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid mengintai
tempat dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan itu pada musim 2020.
Bersama JDT,
bekas pemain sayap Kedah berusia 20 tahun itu antara pemain muda tempatan memiliki
potensi besar selain berpengalaman luas beraksi di peringkat antarabangsa
apabila membuat empat penampilan bersama JDT di pentas saingan Liga Juara-Juara
Asia (ACL) musim ini.
Kelincahan
Muhammad Akhyar serta bakat dimilikinya turut memikat ketua jurulatih negara,
Tan Cheng Hoe untuk memanggil beliau bersama skuad kebangsaan dalam beberapa
kejohanan besar termasuk kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Namun, beliau
yang dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
(ABK) 2019 semalam, masih gagal menempatkan diri sebagai pemain utama skuad JDT
dan anugerah itu membakar semangatnya untuk terus berusaha.
“Sasaran pada
musim 2020 adalah untuk bekerja keras bersama pasukan JDT dan cuba mendapatkan
tempat dalam kesebelasan utama atau sekurang-kurangnya lebih kerap diturunkan.
Ia akan membantu saya meraih lebih pengalaman.
“Anugerah ini
sudah tentu saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk mengharungi musim
depan dan terus pulun dalam sukan bola sepak,” katanya pada majlis ABK 2019,
semalam.
Bercakap
mengenai pengalaman selepas semusim bersama JDT, Muhammad Akhyar mengakui ia
mempengaruhi peningkatan prestasinya setakat ini.
“Dari Kedah ke
JDT memang penambahbaikan itu sangat banyak, saya berterima kasih kepada JDT
kerana memberi saya banyak pengalaman seperti bermain di ACL.
Kemudahan juga
terbaik selain saya dikelilingi rakan sepasukan yang hebat serta bos (Tunku
Ismail Sultan Ibrahim) yang terbaik,” katanya.
Muhammad
Akhyar yang merangkul Piala Sumbangsih dan Piala FA bersama Kedah pada musim
2017 berhijrah ke JDT untuk musim 2019 selepas menampilkan prestasi cemerlang
sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2018.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 3:08 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan