SUKAN»Bola
Isnin, 25
November 2019 | 6:04pm

Penyerang
negara, Hadi Fayyadh (kanan) meraikan gol penyamaan bersama Akhyar Rashid
(tengah) dan Lukman Hakim pada aksi peringkat Kumpulan A Sukan SEA Filipina
2019 di Stadium Memorial Rizal. - NSTP/Osman Adnan
Malaysia gagal
langkah kanan, ketiadaan Safawi beri kesan
Oleh Helmi
Talkah
helmi.talkah@bh.com.my
MANILA:
Ketiadaan Safawi Rasid nyata memberi kesan kepada skuad bawah 22 tahun (B-22)
negara apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi sulung Kumpulan A Sukan SEA 2019 di
Stadium Rizal Memorial di sini, sebentar tadi.
Pemain muda,
Luqman Hakim Shamsuddin yang diberi peranan bagi mengisi tempat Safawi
bagaimanapun gagal memainkan peranannya dalam formasi 3-4-3 yang digunakan
pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee.
Selain Luqman,
Kim Swee turut memberikan kepercayaan kepada seorang lagi pemain muda, Umar
Hakeem Suhar Rezwan untuk berada dalam kesebelasan namun pengalaman menjadi
pemisah buat pemain itu.
Kedua-dua
pemain berusia 17 tahun itu dikeluarkan pada awal babak kedua perlawanan.
Terdahulu,
Myanmar bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi tandukan
penyerang, Soe Moe Kyaw yang menyudahkan sepakan sudut pada minit ke-14.
Penyerang
negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul penyelamat apabila menanduk masuk gol
penyamaan pada minit ke-24 hasil hantaran Muhammad Akhyar Rashid.
Skuad negara
membazirkan beberapa peluang terhidang bagi menjaringkan gol kemenangan
terutama di lewat babak permainan.
Aksi kedua
akan menyaksikan anak buah Kim Swee menentang tuan rumah Filipina, Jumaat ini.[1]
[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/11/631938/malaysia-gagal-langkah-kanan-ketiadaan-safawi-beri-kesan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan