Selasa, 28 Mei 2019

Akhyar sedia robek gawang Timor Leste

 AKHYAR RASHID (kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya
AKHYAR RASHID (kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Stadium Arena Universiti Malaya, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
Rozaidi Zulkifli

28 Mei 2019 5:35 PM

KUALA LUMPUR 28 Mei - Bintang muda Harimau Malaya, Akhyar Rashid bersedia membantu menajamkan lagi barisan serangan Harimau Malaya menjelang aksi playoff pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada 7 dan 11 Jun ini menentang Timor Leste.

Jelasnya, latihan di bulan puasa sedikit sebanyak memberi cabaran untuknya mengekalkan stamina namun inilah antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang pemain bola sepak.


“Kalau jurulatih bagi peluang mana-mana tempat di bahagian serangan, saya boleh bermain cuma nak mencari keserasian itu perlukan masa sedikit.

“Latihan hari ini (semalam) ok tapi sedikit letih sebab di bulan puasa. Apapun ini adalah tanggungjawab kami sebagai pemain,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum sesi latihan di sini hari ini.

Akhyar sering mencuri tumpuan peminat bola sepak negara dengan aksi lincahnya di atas padang dan kemahiran tinggi melakukan gelecekan yang sering mendatang masalah kepada pihak lawan.

Biarpun, kurang mendapat tempat ketika Piala AFF 2018, namun pemain kelahiran Kedah itu sering memberi impak setiap kali diturunkan.

“Sepanjang di JDT (Johor Darul Ta’zim), banyak peningkatan yang saya berjaya lakukan dari segi fizikal dan mental.

“Kali ini saya lebih bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama jika diberi kepercayaan oleh jurulatih,” jelasnya. – sumber UTUSAN ONLINE

Khamis, 16 Mei 2019

JDT terus 'gayat' di persada Liga Super


Mohd. Izuan Roseli
16 Mei 2019 3:00 AM
 PEMAIN Pasukan JDT,  Akhyar Rashid meraikan jaringan gol kedua
PEMAIN Pasukan JDT, Akhyar Rashid meraikan jaringan gol kedua JDT bersama pasukan dalam Perlawanan antara JDT menentangg Pahang di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.

JUARA bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dilihat semakin sukar dicabar apabila mengukuhkan cengkaman Liga Super 2019 dengan kemenangan 2-0 ke atas pencabar terdekat, Pahang di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin malam kelmarin.

Kejayaan yang hadir menerusi jaringan kapten JDT, Harris Harun pada minit ke-69 dan gol pe­nyerang lincah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada babak kedua itu menyaksikan skuad Harimau Selatan selesa meninggalkan Pahang de­ngan lapan mata di persada liga.


Pengendali JDT, Luciano Figue­roa jelas sekali berpuas hati de­ngan prestasi kesemua 11 pemainnya pada pertemuan itu yang disifatkan memberi kelegaan buat dirinya, selepas Harimau Selatan berjaya menundukkan musuh ketat mereka itu.

“Perlawanan pada malam ini (kelmarin) merupakan satu perlawanan yang agak sukar dan penting. Saya gembira apabila mereka (pemain JDT) berjaya menterjemahkan permainan yang menarik dan memberi tiga mata berharga buat pasukan,” kata Figueroa pada sidang akhbar kelmarin.

Bagaimanapun, jurulatih dari Argentina itu mengakui masih terdapat ruang untuk pasukannya memperbaiki permainan mereka khususnya ketika situasi bola mati di bahagian serangan.

“Memang kami perlu memperbaiki set-piece ini dan ia tampak kurang berkesan pada malam ini (kelmarin) disebabkan fizikal pemain Pahang yang tinggi. Bagaimanapun, kami sering mencuba sesuatu yang baharu dan kadang-kadang ia menjadi dan kadang-kadang tidak,” katanya.

Dalam pada itu, pemain muda JDT, Akhyar Rashid membuktikan dirinya layak dilabel sebagai pemain paling bernilai di Malaysia apabila membantu pasukannya mendapat gol pertama sebelum meletakkan nama selaku penjaring kedua malam kelmarin.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan menambah tiga mata dan memenangi perlawanan ini. Semua tahu bahawa perlawanan ini amat sukar kerana Pahang juga dibarisi pemain yang bagus.

“Saya sememangnya sangat mengimpikan agar diturunkan dalam setiap perlawanan. Ketika sesi latihan juga saya akan menunjukkan keinginan saya. Alhamdulillah, malam tadi (kelmarin) saya telah diberi peluang tersebut,” katanya.
SUMBER-KOSMO ONLINE 16 Mei 2019 3:00 AM

Senarai 26 pemain kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Penjaga gol ; Mohd Farizal Marlias (JDT), Hafizul Hakim Nizam Jothy (Perak), Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
Pertahanan ; Adam Nor Azlin, Dominic Tan, La’Vere Corbin-Ong, Syazwan Andik (JDT), Matthew Davies (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Shahrul Mohd Saad (Perak), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
Tengah dan Sayap ; Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Akhyar Rashid (JDT), Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih (Pahang), Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari (Selangor), Kenny Pallraj Davaragi (Perak), Akram Mahinan (PKNS),
Penyerang ; Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang), Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak) Muhammad Syafiq Ahmad (JDT).[1]


[1]https://www.hmetro.com.my/arena/2019/05/456549/pemain-sandaran-harimau-malaya

Harimau Malaya pinjam 6 anak buah Kim Swee

Khamis, 16 Mei 2019 | 3:12pm
PENYERANG JDT, Akyhar Rashid antara pemain yang dipanggil sertai skuad
Harimau Malaya pinjam 6 anak buah Kim Swee
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Enam pemain bawah 23 (B-23) negara kembali berada dalam senarai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi playoff Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 dan 11 Jun ini.

Mereka adalah empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) – Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang) yang sebelum ini bersama skuad Datuk Ong Kim Swee menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Pada senarai pemain yang akan menyertai laporan pusat kali ini, Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kempen Piala Airmarine, Mac lalu.

"Turut kembali tersenarai selepas nama mereka tiada dalam skuad Piala Airmarine 2019 adalah empat anggota skuad Piala Suzuki AFF 2018 iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (JDT) serta Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).

"Bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat kali ini, dua pemain baharu telah mendapat panggilan iaitu pemain berdarah campuran, La'Vere Corbin-Ong (JDT) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC)," kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan.

Mereka yang digugurkan adalah ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak (Kedah) serta tiga lagi yang bersama skuad negara ketika muncul naib juara Piala Suzuki AFF tahun lalu iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan Bakri (JDT).

Selebihnya, pemain yang digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).

Latihan akan berlangsung enam hari bermula 27 Mei ini. Tugasan pertama Harimau Malaya adalah menentang Nepal pada 2 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Seterusnya, tiga pemain akan digugurkan Cheng Hoe bagi memuktamadkan senarai akhir 23 pemain untuk dua perlawanan bertemu Timor Leste," katanya.

Senarai pemain

Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Dominic Tan, Syazwan Andik Mohd Ishak, La'Vere Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad (JDT), Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih, Norshahrul Idlan Talaha, Faisal Abdul Halim (Pahang), Mohd Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari, Syahmi Safari (Selangor), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Kenny Pallraj, Sharel Fikri Fauzi (Perak), Akram Mahinan, Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC), Mohd Ifwat Chek Kassim (Kedah), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 16 Mei 2019 | 3:12pm

Rabu, 15 Mei 2019

PENJARING GOL –PEMAIN TEMPATAN DALAM LIGA SUPER 2019

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
LIMA GOL
Indra Putra    Kuala Lumpur        
EMPAT GOL
Safawi Rasid Johor Darul Ta'zim 
TIGA GOL
Hadin Azman          Felda United
Norshahrul Idlan Talaha    Pahang        
Brendan Gan Perak 
Amri Yahyah          Selangor      
DUA GOL
Akhyar Rashid        Johor Darul Ta'zim 
Syafiq Ahmad         Johor Darul Ta'zim 
Zaquan Adha Kedah
Safiq Rahim  Melaka United       
Nor Hakim Hassan  Perak 
R. Barathkumar       PJ City         
Sean Selvaraj          Selangor      
Syahmi Safari          Selangor      
Ahmad Syamim Yahya      Terengganu  
SATU GOL
Abdul Azim Rahim Felda United
Afiq Fazail    Johor Darul Ta'zim 
Azrif Nasrulhaq      Johor Darul Ta'zim 
Baddrol Bakhtiar     Kedah
Fadzrul Danel         Kedah
Syahrul Azwari       Kedah
Afiq Ahmad Razali Kuala Lumpur        
Ashri Chuchu          Kuala Lumpur        
Syafwan Syahlan     Kuala Lumpur        
Nazrin Nawi Melaka United       
Faisal Halim Pahang        
Wan Zaharulnizam  Pahang        
Zuhair Aizat Pahang        
J. Partiban     Perak 
Nazirul Naim          Perak 
Shahrel Fikri Perak 
Shahrul Saad Perak 
Aizulridzwan Razali          PJ City         
P. Rajes        PJ City         
Safee Sali     PJ City         
Amani Aguinaldo    PKNP
Fazrul Hazli  PKNP
Hafiz Ramdan         PKNP
Faiz Nasir     Selangor      
Syazwan Zainon      Selangor      
Abdul Malik Mat Ariff      Terengganu  
Kamal Azizi  Terengganu  
Khairul Izuan Rosli  Terengganu  
Nasrullah Haniff     Terengganu.[1]




[1] https://www.ligamalaysia.net/p/penjaring-gol.html

Selasa, 14 Mei 2019

JDT hampakan Tok Gajah

SUKAN»Bola
Rabu, 15 Mei 2019 | 12:14am
 
PEMAIN JDT, Mohd Akhyar Rashid (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua ketika bertemu Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
JDT hampakan Tok Gajah
Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan.com.my

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Pahang 2-0 pada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Turun beraksi dengan semangat kemenangan 1-0 ke atas Kashima Antlers dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) baru-baru ini, skuad kendalian Benjamin Mora nyata memberi tekanan kepada Pahang sebaik perlawanan bermula.

JDT yang diperkuatkan kesebelasan utama tampak menguasai perlawanan apabila mengasak ke kubu skuad Tok Gajah dan menghadirkan percubaan berbahaya pada minit ke-12 selepas bola sepakan lintang Gonzalo Cabrera disambar Safawi Rasid yang melakukan rembatan kilas namun bola terus ke dakapan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.

Nasib tidak menyebelahi tuan rumah apabila terlepas membuka tirai jaringan pada minit ke-32 selepas bola umpanan Safawi kepada Cabrera yang berada dalam kedudukan selesa di dalam kotak penalti tidak berhasil apabila sepakannya meliar ketika Helmi Eliza sudah pun tertewas.

Pada minit akhir babak pertama gandingan Safawi dan Cabrera yang kerap mengucar kacirkan pertahanan pelawat hampir mencipta jaringan tetapi tandukan pemain Argentina itu berjaya dihalang Helmi Eliza yang berada di posisi tepat untuk menangkap bola dengan kemas.

Pada babak kedua, giliran pelawat mula mengasak ke kubu tuan rumah selepas Ze Eduardo memiliki peluang terbaik pada minit ke-52 apabila cuba melakukan helah hampir memerangkap penjaga gol, Farizal Marlias sebelum ia diselamatkan.

Pergerakan Diogo Luis Santo dalam perlawanan itu bagaikan dirantai benteng pertahanan lawan yang melakukan apa juga cara untuk menyekat kelicikan pemain import JDT itu yang sering menjadi mangsa terjahan keras pemain pelawat.

JDT memperoleh gol yang dinanti-nantikan pada minit ke-69 menerusi serangan balas yang dimulakan kapten pasukan Hariss Harun bersama pemain gantian Akhyar Rashid.

Bergerak di posisi sayap kanan, Akhyar kemudian menolak semula kepada Hariss yang pantas melakukan rembatan bagi menewaskan Helmi Eliza.

Dan ketika aksi babak kedua hampir berakhir, Ahkyar memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas mudah menanduk masuk menewaskan Helmi Eliza yang hanya tergamam melihat bola menerjah gawangnya.

Kedudukan 2-0 yang memihak JDT menyaksikan juara liga lima musim berturut-turut kini mengumpul 33 mata dengan mereka kini memiliki perbezaan lapan mata dengan pencabar terdekat, Pahang.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 15 Mei 2019 | 12:14am

KEPUTUSAN PENUH JDT 2-0 PAHANG

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB




SUMBER-TV9

Ahad, 12 Mei 2019

Akhyar disunting BATE Borisov


Mohamad Firdaus Abdullah
10 Mei 2019 3:00 AM
AKHYAR berjaya menarik minat pencari bakat dari kelab BATE Borisov
AKHYAR berjaya menarik minat pencari bakat dari kelab BATE Borisov selepas menyaksikan gaya permainannya.

SAHAM pemain yang mempunyai tag pelepasan bernilai RM12 juta bersama Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid terus melonjak apabila kelab dari Belarus, BATE Borisov berminat untuk menguji penyerang berkenaan dalam masa terdekat.

Pencari bakat kelab tersebut tertarik dengan aksi Akhyar selepas menonton rakaman video yang melibatkan beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa dan Liga Malaysia.


Menurut kenya­taan daripada laman Face­book Football Agent–Malaysia semalam, pihaknya akan menghubungi wakil daripada JDT dan Akhyar sendiri untuk berbincang mengenai tawaran daripada kelab tersebut.

Abang kepada Akhyar, Mohd. Rafdi Abdul Rashid mengesahkan berita tersebut dan berharap Akhyar mampu melebarkan sayap di luar negara.

“Selepas mendapat berita berkenaan, saya dan keluarga sememangnya menyokong untuk Akhyar pergi mengembangkan bakat di luar negara kerana itu sememangnya harapan kami.

“Saya melihat ia adalah peluang keemasan yang perlu dimanfaatkan Akhyar kerana perkara sebegini kebiasaannya akan datang sekali sahaja seumur hidup.

“Pada usianya yang baru 20 tahun, saya merasakan ia adalah waktu terbaik buat Akhyar ke sana (BATE Borisov) sebelum menjadi pemain yang lebih baik seperti kebiasaan pemain profesional lain apabila mencapai usia 25 ke 26 tahun,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Pada masa sama, Rafdi memberitahu, beliau menyerahkan segala urusan berkenaan kepada JDT terhadap masa depan Akhyar.

“Segalanya saya serahkan kepada JDT dan saya percaya mereka akan membuat keputusan yang terbaik untuk karier Akhyar,” jelasnya.

Pada musim 2018, BATE Borisov muncul juara liga divisyen utama Belarus untuk kali ke-13 berturut-turut dan pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, sementara musim ini mereka berada dalam Kumpulan L dalam Liga Europa bersama Chelsea, PAOK FC dan MOL Vidi.
SUMBER-KOSMO ONLINE 10 Mei 2019 3:00 AM

Keluarga relakan Akhyar ke Belarus


SUKAN»Bola
Isnin, 13 Mei 2019 | 10:49am
 
GAMBAR fail, Muhammad Akhyar Rashid (kanan) ketika menentang pasukan Filipina, ketika perlawanan pusingan pertama bagi kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam, Mac lalu. - Foto Sairien Nafis
Keluarga relakan Akhyar ke Belarus
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Sekalipun Liga Perdana Belarus tidak gah seperti Liga Perdana Inggeris dan La Liga, peluang untuk beraksi di negara Eropah Timur itu tidak akan disia-siakan pemain sedang meningkat, Akhyar Rashid.

Selepas pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikaitkan dengan khabar angin bahawa juara Liga Perdana Belarus 2018, BATE Borisov dikatakan mengintai khidmatnya, abang Akhyar - Rafdi Rashid mengakui keluarganya ‘merelakan’ pemergian Akhyar ke luar negara bagi mengembangkan lagi potensinya dalam sukan bola sepak.

Jelas Rafdi, meskipun Belarus dilihat sebagai negara yang sangat asing, itu adalah peluang terbaik untuk Akhyar bermula daripada pasukan di Belarus bagi membolehkan dia mencipta tapak di sana terlebih dahulu.

“Saya belum mendapat apa-apa panggilan daripada ejen membabitkan perkara ini namun seandainya perkara ini benar, saya serahkan semuanya kepada JDT untuk menguruskannya.

“Cuma sebagai ahli keluarga, kami sememangnya mahu melihat Akhyar beraksi di luar negara kerana dia juga sememangnya mengimpikan peluang sebegini. Kami memberi sokongan sepenuhnya kepada Akhyar.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebelum ini pun, kami banyak berbual dengannya dan dia sendiri bersedia untuk ke luar negara sekiranya mendapat tawaran. Dia masih muda dan inilah masanya untuk dia tunjukkan potensi yang dimilikinya,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Reputasi pemain muda negara itu selepas menyertai skuad Harimau Selatan terus melambung selepas khidmatnya dikatakan diintai BATE Borisov.

Menerusi satu kenyataan di laman Football Agent Malaysia, pasukan terbabit berminat untuk menguji pemain sayap lincah itu dalam masa terdekat selepas tertarik dengan potensi yang dimiliki pemain muda itu.

Sebagai rekod, bekas pemain Kedah itu menyertai juara bertahan Liga Super itu pada musim ini dengan kontrak selama empat tahun dengan pemain kebangsaan itu memiliki nilai tebus kontrak sebanyak RM12 juta yang diletakkan JDT.
SUMBER- Isnin, 13 Mei 2019 | 10:49am

Sabtu, 11 Mei 2019

Akhyar sedia gembur Jordan


MyMetroArena
Daripada Aziman Rosdi di Changshu dan China
aziman@nstp.com.my
 
PENYERANG muda negara, Akhyar Rashid (gambar) bersedia menggalas tugas menggempur kubu Jordan pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Stadium Changshu, esok.

Pemain lincah berusia 18 tahun itu mungkin menjadi taruhan pengendali, Datuk Ong Kim Swee selepas N Thanabalan mengalami kecederaan hamstring ketika tewas 1-4 kepada Iraq dalam perlawanan pembukaan kelmarin.

Biarpun hanya masuk sebagai pemain gantian, kehadiran Akhyar memberi impak kepada permainan skuad negara apabila dia banyak melakukan larian serta mencipta peluang Safawi Rasid menjaringkan gol pada minit ke-79.

“Perlawanan kelmarin saya masuk selama 30 minit, rasa kurang puas hati sebab masuk pun rentak permainan sudah laju, cuaca sejuk memang sukar bernafas dan lambat dapat rentak. Tapi dari segi permainan semua OK cuma kena kurangkan kesilapan.

“Untuk perlawanan esok menentang Jordan, saya harap dapat bermain dalam kesebelasan utama sebab Thanabalan cedera jadi ada kelebihan untuk saya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagaimanapun ia bukan tugas mudah berdepan Jordan yang berkongsi satu mata apabila seri 2-2 dengan Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C.

Jordan, yang menduduki tempat ketiga pada edisi pertama 2013 dilihat lawan setara seperti bekas juara Iraq dan bagi Akhyar, mereka perlu melakukan sesuatu jika mahu mencipta kejutan.

“Saingan sama macam Iraq, dari segi fizikal memang kami kalah, cuma kami kena gerakkan bola, bantu pasukan serta kurangkan kesilapan sendiri,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 5:49 PM

Khamis, 9 Mei 2019

'Fikir dulu Akhyar sebelum terima tawaran Bate'


MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
 
BINTANG muda sensasi negara, Akhyar Rashid dinasihatkan agar tidak tergopoh-gapah menerima tawaran kelab Liga Belarus, Bate Borisov yang difahamkan cukup berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Menurut ejen terkenal tempatan, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, corak permainan agresif diamalkan di negara terbabit dilihat tidak sesuai buat pemain kelahiran Kedah itu yang mungkin menjadi mangsa terjahan keras di sana.

Sebaliknya, beliau melihat saingan Liga Jepun (J-League) atau Liga Korea Selatan (K-League) adalah destinasi paling sesuai seperti mana ditunjukkan pemain Thailand, Chanathip Songkrasin bersama Hokkaido Consadole Sapporo di J-League.

"Kalau betul berita tawaran itu, saya harap Akhyar fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk ke sana. Lagipun tahap liga Belarus dalam peringkat ketiga saja, tidak jauh dengan tahap Liga Malaysia.

"Peringkat pertama liga seperti EPL (Liga Perdana Inggeris), La Liga dan lain-lain manakala Liga Belgium dan Belanda dalam kategori kedua. Jadi tahap persaingan lebih kurang saja dengan negara kita.

“Tapi sekiranya dia ingin melebarkan sayap ke luar, lebih baik mencuba nasib di Jepun atau Korea Selatan. Bagi saya, di Jepun saingan liganya lebih kompetetif dan berkualiti," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Menerusi maklumat didedahkan Football Agent semalam, pemain JDT itu kini menjadi sasaran utama Bate Borisov yang dianggap kelab paling berjaya di Belarus dengan merekodkan 15 kali kejuaraan Liga Perdana, tiga kali menjulang Piala Belarus dan tujuh kali meraih Piala Super Belarus.

Begitupun, seandainya rundingan kedua-dua pihak berjalan lancar, Bate Borisov harus membayar RM12 juta kepada skuad Harimau Selatan itu yang meletakkan tanda harga berkenaan pada awal musim ini.

Berdasarkan nilai pertukaran mata wang Dollar yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia, dipercayai bayaran 'pembelian' berkenaan bukanlah halangan besar buat kelab Eropah itu untuk medapatkan adik kepada bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu.

Malah, jika perpindahan itu berjaya, Akhyar berkemungkinan menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di pentas Liga Europa atau saingan elit UCL pada musim akan datang.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 12:12 AM

BATE Borisov minat Akhyar


PENYERANG JDT, Akhyar Rashid (kiri) diasak pemain lawan ketika
PENYERANG JDT, Akhyar Rashid (kiri) diasak pemain lawan ketika menentang Shandong Luneng FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini semalam. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
09 Mei 2019 4:24 PM

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kelincahan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid telah berjaya menarik perhatian kelab dari Belarus, BATE Borisov.

Menurut kenyataan Football Agent - Malaysia, kelab yang berpangkalan di Belarus itu berminat untuk menguji pemain berusia 20 tahun tersebut selepas melihat potensi yang dimiliki oleh Akhyar.


“Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut.

“Akhyar bakal menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di Liga Europa atau Liga Juara-Juara sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu serta BATE Barisov layak ke kejohanan tertinggi eropah itu pada musim 2019/2020,” katanya.

Akhyar menyertai JDT pada musim ini selama empat tahun dengan kontraknya ditebus nilai sebanyak RM12 juta.

Bagaimanapun berita tersebut tidak dapat disahihkan kebenarannya. SUMBER- UTUSAN ONLINE 09 Mei 2019 4:24 PM

Akhyar pikat BATE Borisov


SUKAN»Bola
Khamis, 9 Mei 2019 | 3:13pm
 
Gambar fail, Muhammad Akhyar Rashid (tengah) diasak 2 pemain China pada pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam, Mac lalu. - Foto Sairien Nafis
Akhyar pikat BATE Borisov

KUALA LUMPUR: Reputasi pemain sedang meningkat, Akhyar Rashid selepas menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melambung selepas pemain berusia 20 tahun itu dikatakan diintai kelab dari Belarus, BATE Borisov.

Menerusi satu kenyataan di laman Football Agent- Malaysia, juara Liga Perdana Belarus musim 2018 itu berminat untuk menguji pemain sayap lincah itu dalam masa terdekat selepas tertarik dengan potensi yang dimiliki pemain muda itu.

"Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut.

"Beliau bakal menjadi pemain Malaysia pertama yang akan beraksi di saingan tertinggi Eropah sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu serta BATE Barisov layak ke kejohanan terbabit bagi musim 2019/2020," kata kenyataan itu, hari ini.

Sebagai rekod, BATE Borisov keitka ini menduduki tangga ketiga liga selepas enam perlawanan dan pernah beraksi dalam saingan Liga Juara Juara  dan  Liga Europa.

Musim ini, mereka beraksi dalam saingan Liga Europa dan mara sehingga ke kelompok 32 terbaik sebelum tunduk di tangan Arsenal 1-3 secara agregat.

Akhyar menyertai juara bertahan Liga Super itu pada musim ini dengan kontrak selama empat tahun dengan pemain kebangsaan itu memiliki nilai tebus kontrak sebanyak RM12 juta.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE           Khamis, 9 Mei 2019 | 3:13pm

Kelab Belarus mahu uji Akhyar


MyMetroArena
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@mediaprima.com.my
 
'SAHAM' penyerang lincah Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid makin 'mencanak' selepas dikatakan diintai kelab Liga Perdana Belarus, Bate Borisov.

Football Agent – Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook mereka hari ini, menyatakan kelab yang menduduki tangga ke tiga selepas enam perlawanan liga negara terbabit, berminat menguji pemain kelahiran Kedah itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu, Akhyar berkemungkinan menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Liga Eropah pada musim 2019/2020.

Musim ini, BATE Borisov terkeluar daripada saingan Liga Europa selepas tewas kepada Arsenal dengan agregat 3-1 pada pusingan kalah mati.

"Bate Barisov juga tidak asing lagi dalam kancah saingan UCL dan Liga Eropah.

Pada musim 2018, mereka memenangi liga utama Belarus buat kali yang ke-13 berturut-turut.

"Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut," katanya.

Untuk rekod Akhyar baru menantangani kontrak empat tahun bersama JDT pada penghujung tahun lalu dan tebus kontraknya bernilai RM12 juta bagi mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Akhyar yang juga pemenang anugerah penyerang muda terbaik sebelum ini menjadi fokus peminat bola sepak tanah air apabila menjadi rebutan antara pasukan asalnya, Kedah dengan JDT.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 1:36 PM


Jumaat, 3 Mei 2019

Tribe Ratings: Safawi dan Akhyar bantu Malaysia mulakan kempen dengan langkah kanan

Oleh Khairul Nizam, Ogos 15, 2018 6:59 pm
 
Photo credit: FAM
Jika melihat ranking skuad senior Kyrgyzstan yang berada dalam senarai 100 pasukan terbaik dunia, pastinya ini akan menjadi perlawanan sukar buat Malaysia.

Namun, ini aksi skuad bawah 23 tahun, dan pemain skuad bawah 23 tahun bukan calang-calang pemain. Safawi Rasid dan Akhyar Rashid menunjukkan bahawa mereka adalah duo serangan masa depan negara dengan aksi yang cukup menakjubkan. Jaringan Safawi, Akhyar dan Syafiq Ahmad membantu Malaysia mengutip tiga mata pertama untuk Malaysia. Ini rating untuk pemain skuad bawah 23 tahun Malaysia dalam perlawanan ini.

Haziq menunjukkan kenapa dia beraksi sebagai penjaga gol utama skuad bawah 23 tahun dan mungkin akan menjadi penjaga gol utama negara di masa hadapan. Dia beberapa kali menyelamatkan percubaan pemain Kyrgyzstan dan memberikan ketenangan kepada benteng pertahanan Malaysia.
SUMBER-https://football-tribe.com/malaysia/2018/08/15/tribe-ratings-safawi-dan-akhyar-bantu-malaysia-mulakan-kempen-dengan-langkah-kanan/