Khamis, 5 Disember 2019 | 5:51pm

Keputusan mengenai kes
perpindahan kontroversi Akhyar yang dirujuk ke AIAC bakal diketahui
selewat-lewatnya hujung bulan ini. - NSTP/Osman Adnan
Keputusan kes Akhyar hujung bulan
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Keputusan mengenai
kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke
Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya
hujung bulan ini.
Perkara itu dimaklumkan Presiden
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat
ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 yang berlangsung hari ini.
"Persatuan Bola Sepak Kedah
(KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan kes
perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ini.
"Kes ini seolah-olah tidak
bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan.
ADVERTISING
"Untuk makluman, sumbangan
yang dikutip untuk Tabung CAS-KFA yang berjumlah RM50,000 dahulu sudah habis
digunakan untuk menampung kos guaman kes berkenaan dan ia tidak mencukupi.
"Jadi, KFA menanggung segala
kos tambahannya." katanya.
Mac lalu, KFA menegaskan pihaknya
tidak pernah membuat pusingan U dalam kes membabitkan penyerang kebangsaan itu
yang bermula sejak 18 Januari lalu.
Pihak KFA juga sudah memulakan
proses timbang tara di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum bidang kuasa
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau FIFA boleh diguna pakai.
Kes ini bermula selepas mendapat
nasihat peguam berkaitan proses timbang tara dilakukan menurut Fasal 12.1 dan
KFA turut meneliti Artikel 25.3 iaitu Peraturan Status Pemain FAM dan juga
keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM yang
dibuat.
Menurut Artikel 67 Statut
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), badan induk itu sepatutnya mewujudkan
tribunal timbang tara untuk menangani rayuan daripada Jawatankuasa Rayuan.
Untuk menangani ketiadaan
tribunal itu ketika ini, peguam FAM mengesahkan badan yang paling sesuai untuk
proses timbang tara boleh dilakukan di AIAC yang berpangkalan di Kuala Lumpur
dan KFA juga pada masa yang sama sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak
peguam FAM.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan