MyMetroArena

BERNAMA
Kuala Lumpur: Pengarah Teknikal
Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards menyangkal tuduhan kononnya kelab
itu berminat menandatangani kontrak dengan pemain prolifik Kedah, Muhammad
Akhyar Abdul Rashid tanpa persetujuan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
Edwards bagaimanapun mendedahkan
juara Liga Super itu tidak menawarkan apa-apa kontrak kepada pemain berbakat
berusia 19 tahun itu kerana mereka sedar dia masih dalam kontrak dengan Kedah
sehingga akhir tahun depan.
“Kami kesal dengan tuduhan itu
hanya kerana seorang pemain mahu menamatkan kontraknya. Sekiranya Akhyar tidak
terikat, dia bebas berunding dengan mana-mana kelab yang dia mahu termasuk
JDT,” katanya dipetik sebagai berkata dalam catatan terkini menerusi akaun
rasmi Facebook JDT iaitu Johor Southern Tigers.
Beliau menjawab beberapa laporan
Muhammad Akhyar ingin menamatkan kontrak dengan kelabnya sekarang memandangkan
beberapa kelab kini berminat mendapatkan khidmat berikutan prestasi luar biasa
dengan skuad senior dan skuad muda kebangsaan termasuk skuad bawah 19 tahun.
Muhammad Akhyar membawa kesnya
itu ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) beberapa hari lalu selepas dia dan
KFA gagal mencapai persetujuan.
FAM dijangka membuat keputusan
tidak lama lagi.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 24 November 2018 @ 6:16 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan