MyMetroArena
Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
BIARPUN letih selepas mengharungi
Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Kashima Antlers di Jepun, Johor Darul
Ta'zim (JDT) tetap fokus untuk menguasai takhta liga selepas membenam PKNP FC
3-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Kemenangan skuad Harimau Selatan
itu melegakan pengurus pasukan Luciano Figueroa yang berpendapat komitmen
tinggi setiap pemain membolehkan mereka menang, walaupun selepas menempuh
perjalanan jauh beberapa hari lalu.
"Itulah karektor yang kami
mahu daripada setiap pemain kerana mereka jelas mengetepikan faktor keletihan
sebaliknya beraksi dengan penuh disiplin untuk memastikan kemenangan di laman
sendiri.
"Saya akui pemain berdepan
kesukaran apabila beraksi pada saingan ACL dan kemudian pulang ke Johor Bahru
untuk menentang PKNP FC.
Dalam tempoh yang singkat pemain
memberi kerjasama 100 peratus untuk beraksi pada saingan liga.
"Tiga mata yang diraih malam
ini (malam tadi) amat penting kerana kami kembali di tangga teratas liga dan
saya berterima kasih kepada pemain yang merealisasikan kemenangan pada
perlawanan itu," katanya.
Mengulas penampilan pertama
Akhyar Rashid pada perlawanan itu, Figueroa yang sinomin dengan panggilan Lucho
dikalangan pemain skuad Harimau Selatan tampak berpuas hati dengan persembahan
pemain muda yang kerap memberi tekanan terhadap benteng skuad kendalian Abu
Bakar Fadzim.

Pemain JDT, Muhamad Akhyar Abdul
Rashid (kiri) diasak pemain PKNP FC, Filemon Anyie Standly dalam perlawanan
Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. FOTO Mohd Azren Jamaludin.
Katanya, bukan sahaja Akhyar yang
menyerlah malah kelibat Nazmi Faiz Mansor bergandingan bersama Leandro
Velazquez sering menjana gerakan berbahaya dengan umpanan bola yang memberi
ruang kepada Gonzalo Cabreran dan Diogo Luis Santo mengasak benteng PKNP FC.
"Akhyar harus lebih agresif
untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan JDT, ini penampilan pertama dia
bersama kesebelasan utama dan Nazmi pula memainkan peranan penting di posisi
tengah.
"Apa yang penting setiap
pemain bergerak dengan umpanan bola tepat malah kurang melakukan kesilapan dan
saya berharap momentum itu berterusan kerana selepas ini kami akan menyambung
aksi ACL menentang kelab dari Korea Selatan," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 10 Mac 2019 @ 12:55 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan