MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my

ADAKAH sensasi Kedah, Muhammad
Akhyar Abdul Rashid akan berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT)?
Itu persoalan yang timbul dalam
kalangan penyokong skuad Helang Merah selepas Akhyar atau terkenal dengan
jolokan 'Neymar Kedah' itu dilihat merakam gambar di depan laluan masuk ke
padang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sekali gus menjadi tular di
laman sosial.
Biarpun ada pihak yang menyatakan
ia sekadar lawatan biasa bintang muda itu, ia masih belum mampu diterima,
apatah lagi, lawatan dan kunjungan peribadi beberapa pemain ke stadium Harimau
Selatan itu sering kali berakhir dengan perpindahan ke pasukan itu.
Bagaimanapun, jika Akhyar memilih
untuk menukar angin bersama JDT musim depan, ia dianggap keputusan tepat
memandangkan juara Liga Super lima musim berturut-turut itu akan bertanding
dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan yang mampu memberi pendedahan
kepadanya.
Akhyar yang juga pemain skuad
bawah 19 (B-19) dan B-23 tahun negara sememangnya menjadi tumpuan sejak
beberapa tahun kebelakangan ini apabila tampil dengan aksi yang menarik dalam
setiap perlawanan dan turut merakam gol penting.
Malah, keserasiannya bersama dua
lagi rakan sepasukan dalam skuad B-23, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad ketika
Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan lalu, dipercayai mampu memberi nafas baharu
kepada jentera serangan JDT yang dilihat terlalu bergantung kepada tonggak
import.
Malah, menerusi kiriman pemilik
JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Facebook JOHOR Southern Tigers (JST)
pada 16 September lalu, beliau mengakui akan 'memborong' lebih ramai pemain
tempatan sebagai persediaan menghadapi saingan musim depan yang dijangka lebih
mencabar.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 25 September 2018 @ 3:22 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan