MyMetroArena
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

PEMAIN muda Kedah, Akhyar Rashid
berwaspada dengan ancaman Kelantan yang boleh menafikan hajat mereka layak ke
suku akhir Piala Malaysia apabila kedua-dua pasukan bertembung di Stadium
Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.
Akhyar meledak satu gol ketika
membantu Lang Merah menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dua minggu lalu sekali
gus menyemarakkan semangatnya bagi aksi terakhir Kumpulan C di gelanggang
lawan.
“Fokus saya hanya satu, mahukan
kemenangan bagi membolehkan pasukan layak ke suku akhir Piala Malaysia musim
ini bagi memenuhi harapan penyokong Kedah.
“Pengalaman menjaringkan gol
semasa mewakili skuad negara pada Sukan Asia baru-baru ini juga melonjak
motivasi saya untuk lebih gigih dalam usaha membantu Kedah dalam saingan kali
ini.”
Akhyar mengakui Kedah yang kini
menghuni tangga kedua kumpulan dengan lapan mata kini berada di landasan
terbaik untuk melayakkan diri ke suku akhir selepas dua kemenangan ke atas MIFA
dan juara bertahan JDT.
Kedah memerlukan
sekurang-kurangnya seri untuk layak tidak kira apa jua keputusan antara MIFA
dengan JDT di Stadium Shah Alam, malam esok. Bagaimanapun mereka mungkin
tersingkir jika kalah 0-1 kepada Kelantan.
Akhyar mengakui Kelantan
kendalian Yusri Che Lah yang diwakili ramai pemain muda mempunyai corak
permainan yang mampu menjerat pasukan lawan.
“Saya mengenali ramai pemain muda
dalam pasukan Kelantan yang mempunyai kualiti permainan baik dan mereka berjaya
membuktikan semangat juang tinggi dalam setiap perlawanan.”
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 15 September 2018 @ 12:01 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan