MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
KEPUTUSAN mengenai kes
perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat
Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya hujung
bulan ini.
Perkara itu dimaklumkan Presiden
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat
ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 hari ini.
"Keputusan kes yang dirujuk
ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur akan diketahui
selewat-lewatnya hujung bulan ini."
"Persatuan Bolasepak Kedah
(KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan kes
perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)."
KFA turut berharap pihak Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) dapat bertindak telus dalam menyelesaikan isu itu
dengan segera.
"Kes ini seolah-olah tidak
bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan." Untuk
makluman, sumbangan Tabung CAS-KFA berjumlah RM50,000 habis digunakan menampung
kos guaman kes berkenaan tidak mencukupi malah KFA menanggung segala kos
tambahan," katanya.
Pada Mac lalu, KFA menegaskan
mereka tidak pernah berpatah balik dalam kes membabitkan penyerang kebangsaan
itu yangbermula sejak 18 Januari lalu. Pihak KFA juga memulakan proses timbang
tara di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum bidangkuasa Mahkamah Timbang
Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau FIFA boleh diguna pakai.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 5 Disember 2019 @ 5:40 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan