Simpan Artikel
MyMetroArena

Meor Riduwan
Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
BINTANG muda
Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Rashid tidak harus mensia-siakan
peluang andai mendapat tawaran beraksi bersama kelab luar negara.
Demikian
pandangan bekas ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berhubung
kenyataan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bahawa ada
kelab Jepun berminat mendapatkan Akhyar secara pinjaman.
Katanya, JDT
memiliki jaringan perhubungan yang baik dengan kelab luar negara dan usaha
membuka peluang kepada pemain berbakat di dalam pasukan itu amat besar.
“Pada pendapat
saya, dia (Akhyar) kena pergi dan ambil peluang itu (tawaran kelab luar),”
katanya.
Mohd Azraai
yang juga bekas pengendali Harimau Muda A berkata, beliau bagaimanapun turut
bimbang sekiranya Akhyar hilang fokus berikutan pelbagai kontroversi yang
melandanya akhir-akhir ini.
“Secara
peribadi, saya melihat Akhyar belum matang dan dia mungkin hilang fokus.
Pendedahan saya sebelum ini dengan harapan ada pihak daripada keluarganya atau
kelab beri dia kaunseling dan bimbingan.
“Kita tidak
boleh terlalu beri tekanan kepadanya. Dengan peluang dan tawaran dari kelab
bola sepak luar negara, dia kena ambil. Kita yakin ini untuk masa depan tetapi
terpulang kepada dirinya.
“Apa yang TMJ
buat itu untuk membuka pasaran pemain melalui rangkaian hubungan dengan kelab
luar negara dan ia bagus untuk pemain muda JDT,” katanya.
Sementara itu,
bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkongsi pendapat dengan
Azraai dan mahu Akhyar merebut peluang bermain di luar negara jika mendapat
tawaran.
Katanya
peluang beraksi dalam saingan liga luar boleh meningkatkan mutu permainan dan
kualiti seseorang pemain.
“Akhyar adalah
pemain berpotensi. Apabila menyertai JDT, ia amat bagus untuk kerjayanya kerana
kelab ini memiliki pengurusan dan kemudahan bola sepak yang terkini. Namun,
kerana persaingan hebat kita lihat dia sukar untuk mendapatkan minit perlawanan
lebih lama dalam kesebelasan utama JDT. Tambahan pula posisinya di saingi hebat
pemain termasuk import,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 5:15 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan