SUKAN»Bola
Khamis, 27 September 2018 |
1:53pm

AKHYAR Abdul Rashid. - Foto
Fathil Asri
Neymar Kedah diburu tiga kelab
ternama
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Bintang muda Kedah,
Akhyar Rashid menjadi buruan dua kelab Liga Super dan satu kelab Liga 1
Thailand yang berminat mendapatkan khidmatnya musim depan.
Menurut sumber rapat pemain yang
digelar ‘Neymar Kedah’ berusia 19 tahun itu, wakil dua kelab tempatan itu sudah
mengadakan proses perbincangan dan menunjukkan minat dengan tawaran
masing-masing.
“Hasil rundingan, mereka
memberikan tawaran hebat demi masa depan kerjaya Akhyar yang dilihat sangat
berpotensi dalam industri bola sepak yang sangat kompetitif sekarang ini.
“Selain dua kelab tempatan, kelab
ternama Thailand yang kini menduduki antara tangga terbaik carta Liga 1
Thailand juga menunjukkan minat dan menyatakan hasrat melalui rundingan.
“Ini juga satu peluang yang
dimaklumkan kerana jika seseorang pemain itu sudah mempunyai pengalaman beraksi
di Liga Thailand, maka peluang lebih cerah untuk melebarkan cita-cita beraksi
di Liga Jepun.”
Sumber itu menyatakan Akhyar
tidak menyangka dia kini ‘meletup’ di pasaran dan menghargai setiap tawaran
yang diterima walaupun menerima kritikan dan pujian peminat ketika ini.
“Sebagai pemain Kedah, Akhyar
tetap menghormati majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kerana dia masih
mempunyai kontrak setahun.
“Sudah pasti dia akan merujuk
terlebih dahulu dengan persatuan sebelum memikirkan apa-apa tawaran.”[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan