Ahad, 29 Disember 2019

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 2-1 SINGAPURA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia          2-1 Singapura
m-68 Nor Azam Azih   m-38 Amiruldin Nordin
m-74 N.Thanabalan
01 HAZIQ NADLI
02 MATTHEW DAVIES
04 ADIB ZAINUDDIN
05 SYAHMI SAFARI
06 SAFAWI RASID
07 AMIRUL HISYAM AWANG
09 ADAM NOR AZLIN
10 S. KUMAAHRAN
13 ARIFF FARHAN
14 SYAMER KUTTY
17 IRFAN ZAKARIA
PEMAIN GANTIAN
12 THANABALAN
08 NORAZAM AZIH
18 AKHYAR RASHID

Selasa, 24 Disember 2019

Akhyar serasi posisi sayap kiri

Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
PENYERANG muda negara, Muhammad Akhyar Rashid bersedia memikul tanggungjawab lebih besar bersama skuad Harimau Malaya dengan memastikan posisi sayap kiri kekal menjadi miliknya selepas ini.

Akhyar, 20, yang menyumbang satu gol ketika membantu pasukan negara menundukkan Timor Leste 5-1 dalam aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Selasa lalu berjaya menampilkan aksi mantap sepanjang 90 minit permainan dengan kelibatnya sukar dikekang pertahanan lawan.

Malah, pada aksi pertama kelayakan turut menyaksikan dia mencetak nama selaku penjaring biarpun hanya masuk sebagai pemain gantian ketika pasukan meraih kemenangan 7-1 ke atas Timor Leste sekaligus meraih agregat besar 12-2 untuk mara ke pusingan kedua kelayakan.

"Saya sangat berterima kasih untuk jurulatih dan semua kerana bagi peluang pada saya (mengisi kesebelasan utama) pada perlawanan kelmarin.

"Atas kepercayaan itu, alhamdulillah saya dapat berikan aksi terbaik.

Saya sangat terharu sebab semua beri komitmen 100 peratus bagi memastikan kita ke pusingan berikutnya.

"Bagi saya kalau jurulatih sedia nak letak saya (kesebelasan utama), saya dah sedia untuk bermain," katanya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Sebelum ini, Akhyar sering menjadi 'watak pembantu' dalam jentera serangan negara apabila kerap diturunkan sebagai pemain gantian bagi menghidupkan bahagian itu terutama pada babak kedua.

Bagaimanapun, pengendali pasukan Tan Cheng Hoe membuat kejutan pada aksi timbal balik menentang Timor Leste dengan nama pemian kelahiran Kedah itu mengisi kesebelasan utama menggantikan Syazwan Zainon yang direhatkan.

Adik kepada bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu jelas tidak mensia-siakan peluang keemasan itu apabila memperagakan aksi terbaik dengan dia turut meledak gol untuk membalas kepercayaan Cheng Hoe.

Katanya, Cheng Hoe sentiasa berpesan kepadanya supaya mengekalkan prestasi dan cuba merebut tempat dalam pasukan JDT.

"Jurulatih banyak kali pesan pada saya untuk perlawanan akan datang selalu cukup rehat, kekalkan kecergasan dan buat apa yang patut untuk perlawanan akan datang dan juga di JDT," katannya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 4:15 PM


'Jangan tolak tawaran kelab luar'


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
BINTANG muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Rashid tidak harus mensia-siakan peluang andai mendapat tawaran beraksi bersama kelab luar negara.

Demikian pandangan bekas ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berhubung kenyataan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bahawa ada kelab Jepun berminat mendapatkan Akhyar secara pinjaman.

Katanya, JDT memiliki jaringan perhubungan yang baik dengan kelab luar negara dan usaha membuka peluang kepada pemain berbakat di dalam pasukan itu amat besar.

“Pada pendapat saya, dia (Akhyar) kena pergi dan ambil peluang itu (tawaran kelab luar),” katanya.

Mohd Azraai yang juga bekas pengendali Harimau Muda A berkata, beliau bagaimanapun turut bimbang sekiranya Akhyar hilang fokus berikutan pelbagai kontroversi yang melandanya akhir-akhir ini.

“Secara peribadi, saya melihat Akhyar belum matang dan dia mungkin hilang fokus. Pendedahan saya sebelum ini dengan harapan ada pihak daripada keluarganya atau kelab beri dia kaunseling dan bimbingan.

“Kita tidak boleh terlalu beri tekanan kepadanya. Dengan peluang dan tawaran dari kelab bola sepak luar negara, dia kena ambil. Kita yakin ini untuk masa depan tetapi terpulang kepada dirinya.

“Apa yang TMJ buat itu untuk membuka pasaran pemain melalui rangkaian hubungan dengan kelab luar negara dan ia bagus untuk pemain muda JDT,” katanya.

Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkongsi pendapat dengan Azraai dan mahu Akhyar merebut peluang bermain di luar negara jika mendapat tawaran.

Katanya peluang beraksi dalam saingan liga luar boleh meningkatkan mutu permainan dan kualiti seseorang pemain.
                 
“Akhyar adalah pemain berpotensi. Apabila menyertai JDT, ia amat bagus untuk kerjayanya kerana kelab ini memiliki pengurusan dan kemudahan bola sepak yang terkini. Namun, kerana persaingan hebat kita lihat dia sukar untuk mendapatkan minit perlawanan lebih lama dalam kesebelasan utama JDT. Tambahan pula posisinya di saingi hebat pemain termasuk import,” katanya.
                                                                                                            
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 5:15 AM

Ahad, 22 Disember 2019

PINGAT PERAK BOLA SUKAN SEA 2017


Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 22
Pemain:
Haziq Nadzli
Matthew Davies
Syazwan Bahari
Adib Zainuddin
Syahmi Safari
Safawi Rasid
Amirul Hisyam
Azam Azih
Adam Nor Azlin
S. Kumaahran
Jafri Chew
N. Thanabalan
Ariff Farhan Isa
Syamer Abba
Syazwan Andik
Danial Amier
Irfan Zakaria
Akhyar Rashid
Ifwat Akmal
Syafiq Ahmad.

Isnin, 9 Disember 2019

PENJARING JDT DALAM LIGA SUPER 2019

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1        Diogo Luis Santo    12
2        Gonzalo Cabrera     11
3        Leandro Velazquez 8
4        Safawi Rasid           8
5        Akhyar Rashid        3
6        Nazmi Faiz             2
7        Syafiq Ahmad         2
8        Afiq Fazail             1
9        Azrif Nasrulhaq      1
10      Hariss Harun           1.[1]
                             


[1] https://www.ligamalaysia.net/p/johor-darul-tazim.html

Jumaat, 6 Disember 2019

Akhyar perlu buang mentaliti 'supersub'


SUKAN»Bola
Khamis, 13 Jun 2019 | 12:25pm
 
AKHYAR Rashid
Akhyar perlu buang mentaliti 'supersub'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my

KUALA LUMPUR: Pemain sayap skuad kebangsaan, Akhyar Rashid tidak perlu hanya menganggap dirinya sebagai pemain 'supersub' bagi Harimau Malaya.

Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya bahawa bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal menjadi antara pemain penting dalam skuad akan datang berdasarkan potensi yang dimilikinya.
Jelas Cheng Hoe, Akhyar yang baru berusia 20 tahun perlu menggandakan usaha untuk meletakkan prestasinya pada tahap terbaik terutama dari aspek kecergasan.


TAN Cheng Hoe
"Akhyar bermain dengan sangat baik, dia tidak boleh fikir bahawa dia hanya pemain supersub. Bagi masa depan dia fikir yang dia juga boleh berada dalam kesebelasan utama.

"Sudah pasti dia perlu belajar dari satu perlawanan ke satu perlawanan untuk mendapatkan keyakinan. Saya yakin dia bekerja keras untuk sampai ke tahap lebih baik.

"Saya selalu menasihatkan dia dan juga pemain yang lain untuk meningkatkan latihan terutama dalam melakukan latihan tambahan bersama kelab," katanya pada sidang media selepas perlawanan berdepan Timor Leste.

Pada aksi kedua playoff kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu menyaksikan Akhyar disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas kerap masuk sebagai pemain gantian sebelum ini.

Bekas pemain Kedah itu meledak dua gol dalam dua aksi timbal balik berdepan Timor Leste dengan Harimau Malaya mara ke pusingan kedua kelayakan menerusi agregat 12-2.

Walaupun mencatat kemenangan besar, namun Cheng Hoe menegaskan ia bukan jaminan untuk semua 23 pemain dalam skuad semasa Harimau Malaya akan kekal untuk aksi pusingan kedua kelayakan yang akan berlangsung pada September ini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan barisan kejurulatihan Harimau Malaya tetap akan meneruskan pemantauan terhadap prestasi semua pemain dalam Liga Malaysia (Liga M).

"Kami tahu September nanti kami akan jumpa pasukan jauh lebih baik seperti Iran, Jepun, Korea Selatan dan Qatar. Jadi pemain perlu bersedia hadapi segala tekanan," katanya.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/06/573696/akhyar-perlu-buang-mentaliti-supersub

Neymar Kedah diburu tiga kelab ternama


SUKAN»Bola
Khamis, 27 September 2018 | 1:53pm
 
AKHYAR Abdul Rashid. - Foto Fathil Asri
Neymar Kedah diburu tiga kelab ternama
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

ALOR SETAR: Bintang muda Kedah, Akhyar Rashid menjadi buruan dua kelab Liga Super dan satu kelab Liga 1 Thailand yang berminat mendapatkan khidmatnya musim depan.

Menurut sumber rapat pemain yang digelar ‘Neymar Kedah’ berusia 19 tahun itu, wakil dua kelab tempatan itu sudah mengadakan proses perbincangan dan menunjukkan minat dengan tawaran masing-masing.

“Hasil rundingan, mereka memberikan tawaran hebat demi masa depan kerjaya Akhyar yang dilihat sangat berpotensi dalam industri bola sepak yang sangat kompetitif sekarang ini.

“Selain dua kelab tempatan, kelab ternama Thailand yang kini menduduki antara tangga terbaik carta Liga 1 Thailand juga menunjukkan minat dan menyatakan hasrat melalui rundingan.

“Ini juga satu peluang yang dimaklumkan kerana jika seseorang pemain itu sudah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand, maka peluang lebih cerah untuk melebarkan cita-cita beraksi di Liga Jepun.”

Sumber itu menyatakan Akhyar tidak menyangka dia kini ‘meletup’ di pasaran dan menghargai setiap tawaran yang diterima walaupun menerima kritikan dan pujian peminat ketika ini.

“Sebagai pemain Kedah, Akhyar tetap menghormati majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kerana dia masih mempunyai kontrak setahun.

“Sudah pasti dia akan merujuk terlebih dahulu dengan persatuan sebelum memikirkan apa-apa tawaran.”[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/09/478724/neymar-kedah-diburu-tiga-kelab-ternama

Malaysia vs Timor-Leste


Venue: — Rizal Memorial Stadium, Biñan Football Stadium, City of Imus Grandstand
2 Disember 2019 (Isnin)
16      A       Malaysia      vs       Timor-Leste  20:00, Rizal Memorial Stadium
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG), 2. Adam Nor Azlin (C), 3. Dominic Tan, 4. Quentin Chen, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahril Nizam, 9. Hadi Fayyadh, 10. Kogileswaran Raj, 11. Nik Akif Syahiran, 12. Luqman Hakim, 13. R. Dinesh, 14. Syamer Kitty Abba, 15. Umar Hakeem, 16. Danial Amier, 17. Irfan Zakaria, 18. Damien Lim (PG), 19. Akhyar Rashid, 20. Syahmi Safari

Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee

Keputusan kes Akhyar hujung bulan

SUKAN»Bola
Khamis, 5 Disember 2019 | 5:51pm
 
Keputusan mengenai kes perpindahan kontroversi Akhyar yang dirujuk ke AIAC bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini. - NSTP/Osman Adnan
Keputusan kes Akhyar hujung bulan
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Keputusan mengenai kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 yang berlangsung hari ini.

"Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan kes perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ini.

"Kes ini seolah-olah tidak bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan.

ADVERTISING

"Untuk makluman, sumbangan yang dikutip untuk Tabung CAS-KFA yang berjumlah RM50,000 dahulu sudah habis digunakan untuk menampung kos guaman kes berkenaan dan ia tidak mencukupi.

"Jadi, KFA menanggung segala kos tambahannya." katanya.

Mac lalu, KFA menegaskan pihaknya tidak pernah membuat pusingan U dalam kes membabitkan penyerang kebangsaan itu yang  bermula sejak 18 Januari lalu.

Pihak KFA juga sudah memulakan proses timbang tara di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum bidang kuasa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau FIFA boleh diguna pakai.

Kes ini bermula selepas mendapat nasihat peguam berkaitan proses timbang tara dilakukan menurut Fasal 12.1 dan KFA turut meneliti Artikel 25.3 iaitu Peraturan Status Pemain FAM dan juga keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM yang  dibuat.

Menurut Artikel 67 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), badan induk itu sepatutnya mewujudkan tribunal timbang tara untuk menangani rayuan daripada Jawatankuasa Rayuan.

Untuk menangani ketiadaan tribunal itu ketika ini, peguam FAM mengesahkan badan yang paling sesuai untuk proses timbang tara boleh dilakukan di AIAC yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan KFA juga pada masa yang sama sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak peguam FAM.[1]




[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/12/635508/keputusan-kes-akhyar-hujung-bulan.

AKHYAR RASHID


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB                                          
Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid (lahir 1 Mei 1999) adalah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Malaysia Kedah dalam Liga Super Malaysia dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, Malaysia, Akhyar membesar bermain bola sepak dari usia muda, yang menyatakan sebelum ini penyertaan saudara lelaki dalam sukan itu mendorongnya bermain.[1]Akhyar Rashid,”Menyertai skuad Belia Kedah pada tahun 2014 hingga 2015.[2]


[1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Akhyar_Abdul_Rashid
[2]https://selongkar10.blogspot.com/2019/01/10-fakta-menarik-akhyar-rasyid-bintang.html

Khamis, 5 Disember 2019

Raphi, Khairil, Thivandaran digugurkan


MyMetroArena
                    
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal memikul cabaran negara di Kejuaraan Bawah 23 (B-23) tahun AFC di China tahun depan.

Ketua Jurulatih skuad bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan tiga daripada 26 pemain yang menjalani latihan di Mokpo, Korea Selatan sejak 17 Disember lalu.

Pemain berkenaan adalah Raphi Azizan Mariappen, 21, (PJ Rangers) dan dua pemain tengah, Ahmad Khairil Anuar Zamri, 22, (Perak) serta K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang).

“Ketiga-tiga pemain yang digugurkan ini dilihat masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lama. Namun mereka menunjukkan kesungguhan selama berada dalam pasukan ini,” kata Kim Swee.

“Mereka bertiga akan pulang ke tanah air pada Sabtu (esok) tetapi masih perlu bersedia untuk ke China jika terdapat mana-mana pemain dalam senarai 23 pemain mengalami kecederaan sebelum sepak mula perlawanan pertama pada 10 Januari.

“Ia satu keputusan yang sukar untuk saya menamakan senarai akhir 23 pemain ini, namun saya percaya semua 23 pemain yang dipilih ini adalah yang terbaik bagi menghadapi kejohanan kali ini,” kata Kim Swee.

Sepanjang dua minggu di Mokpo, skuad B-23 kebangsaan mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan Korea Selatan.

Ia menyaksikan mereka terikat 1-1 dengan Mokpo City FC pada 20 Disember (jaringan Syamer Kutty Abba), menewaskan Honam University 1-0 pada 22 Disember (jaringan Kogileswaran Raj) dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen FC pada 28 Disember (jaringan Safawi Rasid).

Barisan 23 pemain ini akan berlepas dari Seoul, ke Nanjing, China esok untuk perlawanan persahabatan terakhir sebelum kejohanan bertemu skuad B-23 Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing pada 5 Januari ini.

Seterusnya untuk kejohanan sebenar, skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari, diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari.

Berikut adalah senarai akhir nama 23 pemain beserta usia, posisi dan pasukan atau kelab diwakili dalam saingan Liga Malaysia:

1. Haziq Nadzli, 19, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT)

2. Safawi Rasid, 20, penyerang, JDT

3. Dominic Tan, 20, pertahanan, JDT

4. Adam Nor Azlin, 21, pertahanan, JDT*

5. Syamer Kutty Abba, 20, tengah, JDT*

6. Matthew Davies, 22, sayap, Pahang

7. Nor Azam Abdul Azih, 22, tengah, Pahang

8. R Kogileswaran, 19, penyerang, Pahang

10. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, penyerang, JDT II

11. Ifwat Akmal Chek Kassim, 21, penjaga gol, Kedah

12. Akhyar Rashid, 18, penyerang, Kedah

13. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 21, penjaga gol, Negeri Sembilan*

14. N Thanabalan, 22, penyerang, Negeri Sembilan*

15. Shivan Pillay Asokan, 17, pertahanan, PKNS FC

16. Jafri Firdaus Chew, 20, penyerang, PKNS FC*

17. Adib Zainudin 22, pertahanan, FELCRA FC

18. Danial Amier Norhisham, 20, tengah, FELDA United

19. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, tengah, Kelantan

20. Irfan Zakaria, 22, pertahanan, Kuala Lumpur

21. Syazwan Zaipol Bahari, 22, pertahanan, Perak*

22. Tommy Mawat Bada, 21, sayap, PJ Rangers FC*

23. Syahmi Safari, 19, sayap, Selangor

* Nota - pasukan/kelab baharu diwakili musim 2018

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 12:13 PM

Keputusan kes Akhyar hujung Disember


MyMetroArena
 
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
KEPUTUSAN mengenai kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 hari ini.

"Keputusan kes yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur akan diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini."

"Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan kes perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)."

KFA turut berharap pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat bertindak telus dalam menyelesaikan isu itu dengan segera.

"Kes ini seolah-olah tidak bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan." Untuk makluman, sumbangan Tabung CAS-KFA berjumlah RM50,000 habis digunakan menampung kos guaman kes berkenaan tidak mencukupi malah KFA menanggung segala kos tambahan," katanya.

Pada Mac lalu, KFA menegaskan mereka tidak pernah berpatah balik dalam kes membabitkan penyerang kebangsaan itu yangbermula sejak 18 Januari lalu. Pihak KFA juga memulakan proses timbang tara di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum bidangkuasa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau FIFA boleh diguna pakai.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 5:40 PM

Isnin, 2 Disember 2019

MALAYSIA 3-0 TIMOR LESTE


MALAYSIA:
01. Haziq Nadzli (PG),
02. Adam Nor Azlin (C),
03. Dominic Tan,    
07. Faisal Halim
09. Hadi Fayyadh
12. Luqman Hakim,
14. Syamer Kutty Abba       
15. Umar Hakeem,
16. Danial Amier,
17. Irfan Zakaria
20. Syahmi Safari
PEMAIN SIMPANAN
19. Akhyar Rashid,