MyMetroArena
Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR:
Apa kesudahan pertikaian antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Kelab
Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membabitkan isu perpindahan bintang muda
Akhyar Rashid?
Persoalan
timbul selepas isu itu kini semakin ‘panas’ dengan KFA dilihat serius untuk
membawa kes ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau Mahkamah Timbang
Tara Sukan (CAS).
Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam sebelum ini
berpendapat perkara itu tidak perlu diheret hingga ke CAS, sebaliknya ia boleh
diselesaikan secara dalaman dengan lebih baik menerusi pertemuan ‘empat mata’
antara badan induk itu dan KFA.
Namun, selepas
itu tiada apa-apa perkembangan mengenai cadangan Stuart dan KFA dilihat cuba
mengatur langkah lebih besar untuk membawa kes itu ke pengetahuan FIFA.
FAM pula
dikatakan berada dalam ‘tempoh bertenang’ dengan tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan membabitkan pertikaian antara KFA dan JDT.
Timbalan
Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika dihubungi Sukan NSTP hari ini
juga enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.
Pemilik JDT,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan semalam pula membidas KFA selain
menjelaskan skuad Helang Merah boleh meneruskan hasrat mereka untuk membawa kes
itu ke FIFA atau CAS.
Malah, beliau
turut mempersoalkan apakah kesilapan yang dilakukan JDT untuk menandatangani
Akhyar selepas FAM mengumumkan pemain itu dibenarkan menjadi ejen bebas.
Namun, melihat
kepada tempoh sebulan lagi sebelum Liga Malaysia 2019 membuka tirai, wujud juga
persoalan adakah Akhyar ‘lulus’ untuk beraksi bersama JDT sekiranya kes itu
masih belum selesai?
Justeru, bagi
mengelak sebarang masalah buat pasukan dan pemain, kes itu perlu diselesaikan
sebelum liga bermula bulan depan.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 2 January 2019 @ 6:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan