MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Hasrat Akhyar
Rashid untuk beraksi buat kali pertama dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim
ini mungkin terbantut sekiranya dia masih belum mendapat sijil perpindahan
negeri daripada bekas majikannya.
Menurut peguam undang-undang
sukan Zhafri Aminurashid, JDT perlu mendapatkan sijil itu daripada Persatuan
Bolasepak Kedah (KFA) untuk membolehkan bintang berusia 19 tahun itu beraksi
dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Juara Liga Super itu dijadual
berdepan Perak pada aksi Piala Sumbangsih pada 1 Februari depan.
Bagaimanapun, sekiranya KFA
berdegil enggan menyerahkan sijil, Harimau Selatan masih boleh memohon kepada
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengeluarkan sijil sementara sebelum
kesnya diputus oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau Mahkamah
Timbang Tara Sukan (CAS).
KFA bercadang mengheret isu
Akhyar ke CAS di Lausanne, Switzerland selepas persatuan itu tidak berpuas hati
dengan keputusan FAM membenarkan Akhyar menebus kontraknya dengan bayaran
RM210,000 dan wang pampasan RM75,000.
“Jika KFA tak lepaskan, JDT boleh
mohon kepada FAM. Jika FAM mendapati tiada apa-apa pelanggaran kontrak berlaku,
FAM boleh keluarkan sijil perpindahan itu.
“Lagipun, Jawatankuasa Status FAM
sudah membenarkan Akhyar untuk menebus kontrak. Jadi FAM boleh berikan sijil
Akhyar kepada JDT selaras dengan keputusan mereka sebelum ini,” katanya kepada
Sukan NSTP, semalam.
Terdahulu, Akhyar mula menyertai
latihan buat kali pertama bersama pasukan juara Liga Super lima kali, JDT sejak
kelmarin.
Dengan kehadiran Tunku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, penyerang muda terbaik kebangsaan itu
kelihatan penuh bersemangat di sebalik kemelut antara JDT dan bekas pasukannya
Kedah.
sumberArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 7 January 2019 @ 4:22 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan