AKHYAR RASHID menjalani latihan
bersama JDT. - FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
06 Januari 2019 1:18 AM
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Selepas
beberapa minggu diselubungi kontroversi, Akhyar Rashid akhirnya membuat
penampilan pertama dalam sesi latihan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), sambil
meninggalkan pesanan buat pasukan lamanya, Kedah.
Beberapa jam selepas JDT memuat
naik gambar penyerang berusia 19 tahun itu menjalani latihan dalam Facebook,
JOHOR Southern Tiger, Akhyar pula menulis rasa penghargaannya kepada Lang Merah
dalam Instagram.
“Terima kasih Kedah atas
segala-galanya! Semoga berjaya dan cemerlang pada tahun 2019! Terima kasih juga
untuk penyokong tegar Hijau Kuning yang banyak menyokong saya selama ini.
#PulunKedahPulun," tulisnya.
Dengan disaksikan pemilik JDT,
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Akhyar kelihatan penuh
bersemangat menjalani latihan bersama juara Liga Super lima kali berturut-turut
itu biarpun kemelutnya bersama Kedah belum berakhir.
JOHOR Southern Tigers turut
memuat naik klip video berdurasi satu minit yang menimbulkan kemarahan
penyokong Kedah hingga menghambur komen negatif. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/akhyar-akhirnya-muncul-1.816772#ixzz5bqHKC0Yo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan