SUKAN»Bola
Sabtu, 11 Januari 2020 | 5:09pm

Menurut Majlis Timbangtara, kes
melibatkan Akhyar berpihak kepada KFA. - Arkib NSTP
Kes Akhyar pindah ke JDT memihak
Kedah
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak
Kedah (KFA) menerima khabar gembira apabila keputusan kes membabitkan
perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat
Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur sebelum ini kini dikatakan berpihak kepada
persatuan berkenaan.
Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul
Anuar Aris berkata, berita berkenaan memberi sedikit kelegaan buat seluruh
warga Kedah yang sabar menantikan keputusan berkenaan sejak tahun lalu.
"Menurut Majlis Timbangtara,
kes melibatkan Akhyar ini berpihak kepada KFA. Kita menang, tetapi jumlah
pampasan yang ditetapkan masih lagi perlu dipertimbangkan."
"Namun berita ini bercampur
suka dan ralat. Suka kerana kita di pihak yang benar namun sedikit 'ralat'
kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak disertai bersama pampasan latihan
atau tanpa 'training compensation'."
"Sebolehnya saya ingin
segera mengadakan perbincangan dikalangan exco KFA agar dapat berbincang secara
teliti tentang pemasalahan dan tuntutan yang ingin diutamakan." katanya.
Asmirul turut memaklumkan bahawa
peguam bagi pihak KFA mencadangkan agar persatuan berkenaan segera memfailkan
tuntutan lain (terkini) yang selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan.
"Saya tidak dapat
menyertakan jumlah pampasan yang akan ditawarkan kerana ianya masih dalam
proses perundangan. InsyaAllah saya akan menyatakan dalam sidang media apabila
kesemua proses tuntutan yang baru telah siap dibincangkan."
"Tentunya kita tidak akan
bertolak ansur tentang jumlah tuntutan. Kita masih berpeluang dan masih boleh
mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan yang baru."
"Apa yang ingin saya
tegaskan di sini, apa pun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah dan demi
kesinambungan kemajuan bola sepak negeri Kedah walaupun terpaksa mengambil
masa. Janji kebenaran itu akan terlaksana." katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan