Simpan Artikel
MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
KEDAH memperoleh kemenangan moral
apabila keputusan perpindahan kontroversi bekas pemainnya, Akhyar Rashid ke
Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) sebelum ini
memihak kepada pasukan terbabit.
Perkara terbabit disahkan Setiausaha
Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris yang melihat
perjuangan badan induk bola sepak negeri itu untuk mendapatkan keadilan
sewajarnya akhirnya memihak kepada mereka.
Beliau berkata, berdasarkan
Majlis Timbang Tara, kes yang difailkan Mei tahun lalu berpihak kepada KFA,
namun jumlah pampasan yang ditetapkan masih lagi perlu dipertimbangkan.
“Berita ini bercampur (suka dan
ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ralat kerana jumlah
pampasan yang ditawarkan tidak disertai bersama pampasan latihan.
“Sebolehnya saya ingin segera
mengadakan perbincangan dalam kalangan exco KFA supaya dapat berbincang secara
teliti mengenai permasalahan dan tuntutan yang ingin diutamakan.
“Peguam mencadangkan supaya kami
(KFA) segera memfailkan tuntutan lain (terkini) selari dengan jumlah tuntutan
yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur berkaitan jumlah
tuntutan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, hari ini.
Beliau berkata, keputusan yang
memihak kepada KFA membuktikan badan induk bola sepak negeri itu berada pada
pihak benar dan hanya menuntut hak mereka saja.
“Kita masih berpeluang dan masih
boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan baharu.
“Apa yang ingin saya tegaskan di
sini, apa pun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah demi kesinambungan
kemajuan bola sepak negeri Kedah walaupun terpaksa menanti masa yang akhirnya
kebenaran itu akan terlaksana,” katanya.
Pada Mac tahun lalu, KFA
menegaskan mereka tidak pernah berpatah balik dalam kes membabitkan penyerang
kebangsaan itu.
Pihak KFA juga memulakan proses
timbang tara di peringkat domestik terlebih dulu sebelum bidang kuasa Mahkamah
Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau Persekutuan Bolasepak Antarabangsa
(Fifa) boleh diguna pakai.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 11 January 2020 @ 5:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan