Simpan Artikel
MyMetroArena

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
"KEDAH nak Akhyar bayar
RM300,000," kata pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan
Ibrahim yang mendedahkan jumlah pampasan diminta Persatuan Bolasepak Kedah
(KFA) terhadap bekas pemainnya, Akhyar Rashid.
Bagaimanapun, Tunku Ismail yakin
jumlah tuntutan diminta KFA mampu dilunaskan pemain berusia 20 tahun berasal
dari Jitra, Kedah itu.
Jelasnya lagi, keputusan Pusat
Timbang Tara (AIAC) yang berpihak KFA tidak harus dikaitkan dengan kelabnya
kerana kes berkenaan hanya membabitkan Akhyar dan skuad Helang Merah.
“Kes ini Kedah ambil tindakan ke
atas Akhyar, bukan JDT. Jadi yang kena bayar adalah Akhyar bukan JDT. Kedah nak
Akhyar bayar RM300,000, tetapi Akhyar masih boleh buat rayuan untuk bayar
kurang dari jumlah itu. Tetapi jangan risau, apa-apapun Akhyar akan bayar, dia
kaya, terima kasih,” katanya membalas reaksi penyokong di ruang Instagram
penyokong skuad Harimau Selatan hari ini.
Kelmarin, AIAC memutuskan isu
kontroversi perpindahan Akhyar memihak KFA selepas skuad Hijau Kuning itu tidak
berpuas hati berkaitan isu pelepasan kontrak Akhyar yang diputuskan Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.
Difahamkan, ketika itu adik
kepada bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu masih memiliki kontrak bersama
KFA sehingga 2019 dengan nilai baki kontrak atau tebus kontrak sebanyak
RM210,000.
Bagaimanapun, keputusan
Jawatankuasa Rayuan FAM memuktamadkan segala kemelut yang timbul dan mana-mana
pasukan berhak mendapatkan Akhyar dengan nilai RM75,000 bersama jumlah tebus
kontrak berjumlah RM210,000.
Jumlah berkenaan dipertikaikan
KFA sebagai keputusan tidak 'menang-menang' kepada mereka selaku majikan dan
menyaksikan KFA terpaksa menuntut pembelaan dengan mengheret kes terbabit ke
AIAC.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 13 January 2020 @ 6:45 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan