18 Oktober 2018 3:00 AM
MESKIPUN tidak mendapat rehat
yang mencukupi dan perlu kembali beraksi bersama skuad B-19 bagi mengharungi
kempen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19, namun ia tetap tidak menjadi
masalah buat penyerang sensasi negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
“Bagi perlawanan semalam
(kelmarin), semuanya berjalan dengan baik dan saya boleh membantu skuad B-19
pula.
“Tidak menjadi masalah bermain
dengan skuad senior kerana saya dibawa masuk pun pada lewat permainan.
“Pada masa sama, saya tidak
menggunakan banyak tenaga ketika berdepan Kyrgyzstan dan ia membantu saya lebih
fokus untuk kejohanan AFC B-19 kali ini,” katanya ketika di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam.
Sementara itu, Akhyar juga mengakui
dia tidak berdepan kesukaran untuk serasi dengan skuad B-19 meskipun terpaksa
menyertai skuad Hodak beberapa jam sebelum berlepas ke kejohanan AFC B-19.
“Buat skuad Hodak, saya akan
memberikan komitmen terbaik di Jakarta dan berharap semua rakan-rakan lain
dapat membantu saya bermula dengan aksi pembukaan menentang Arab Saudi, Sabtu
ini.
“Bagi saya tidak kira pasukan
B-19 atau senior tetapi misi yang paling penting adalah untuk membantu negara.
Semua pasukan saya telah bermain bersama dan ia tidak menjadi masalah kepada
saya untuk menyesuaikan diri atau sebaliknya,” ujarnya.
SUMBER-KOSMO ONLNE 18
Oktober 2018 3:00 AM18 Oktober 2018 3:00 AM