Jumaat, 4 September 2020

DT ratah Perak

 SUKAN»Bola

Jumaat, 4 September 2020 | 11:13pm

 Pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringannya bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. - BERNAMA

Pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringannya bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. - BERNAMA

DT ratah Perak

Oleh Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.m

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membaham Perak 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.Kini pasukan yang menjuarai liga enam musim berturut-turut itu perlu mengharungi baki lima perlawanan untuk memburu kejuaraan ketujuh sekali gus mencipta sejarah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan memenangi liga tujuh musim berturut-turut.

Serangan berterusan tuan rumah gagal dikekang benteng pelawat selepas gol menjelma pada minit ke-22 apabila bola bergolek tepat ke kaki Afiq Fazail dan begitu mudah untuknya melencong tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Nasrullah Abdul Aziz.Tuan rumah meneruskan derita anak didik Mehmet Durakovic apabila mencipta gol kedua selepas bola umpanan Leandro Velazquez di dalam kotak penalti membuka ruang buat Gonzalo Cabrera merembat bola tepat ke penjuru kanan untuk kedudukan selesa 2-0.


Gol ketiga tuan rumah bagaikan menamatkan sisa perjuangan pelawat apabila Cabrera mencetak gol kedua peribadi selepas menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-44 berpunca daripada kesilapan Rafiuddin Roddin mengasari Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti.


Empat pemain Perak cuba menghalang pergerakan Pemain JDT, S. Kunanlan daripada membawa bola ke kawasan pintu gol Perak pada perlawanan Liga Super 2020 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor. KHIS/ZAIN AHMED

Empat pemain Perak cuba menghalang pergerakan Pemain JDT, S. Kunanlan daripada membawa bola ke kawasan pintu gol Perak pada perlawanan Liga Super 2020 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor. KHIS/ZAIN AHMED

Pemain meningkat naik, Ramadhan Saiffullah Usman ternyata berada di dalam kelas tersendiri apabila menjaringkan gol pada minit akhir babak pertama selepas melakukan sepakan voli di luar kotak penalti memerangkap Nasrullah yang sekadar melihat bola menerjah jaring.


Bersambung babak kedua Cabrera melakar hatrik pertama buat dirinya dalam saingan liga apabila menjaringkan gol pada mint ke-63 selepas menyudahkan bola hantaran Ramadhan untuk meletakkan tuan rumah selesa dengan jaringan 5-0.


Pemain gantian, Safawi Rasid yang masuk menggantikan Ramadhan turut mencipta jaringan pada minit ke-78 selepas bertindak secara solo dan sempat mengelirukan Nasrullah sebelum merembat bola leret ke gawang yang terbuka luas.


Akhyar Rashid turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-84 melengkapkan kemenangan 7-0 membelasah Perak.SUMBER-BH ONLINE

Khamis, 16 Januari 2020

Kedah sedia 'heret' kes Akhyar ke Switzerland


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
“KALAU tak selesai di FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) atau keputusan itu masih belum memihak kepada kita, KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) akan teruskan kes itu ke pihak berwajib seterusnya.”

Begitu kata Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris yang bersedia mengheret isu ‘tapping up’ atau ‘curi’ pemain kebangsaan, Akhyar Rashid ke peringkat lebih tinggi termasuk ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur atau Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.

Jelasnya, walaupun Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak disebut dalam kes tuntutan pampasan yang menyaksikan keputusan AIAC memihak KFA, hakikatnya isu ‘tapping up’ belum diselesaikan kerana ia masih ‘tersangkut’ di peringkat FAM.

“Dalam hal ini kita ambil tindakan terhadap kedua-duanya iaitu Akhyar dan JDT. Kes Akhyar sudah dibawa ke AIAC yang mana kita dah dapat keputusannya sementara kes JDT masih belum berlangsung, masih ada di FAM.

“Kita ada ruang kemuka hak dan Akhyar ada hak untuk merayu. Kita bergerak atas dasar profesional,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai jumlah pampasan RM300,000 diputuskan AIAC yang didedahkan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam, beliau mengakui akan membuat tuntutan supaya nilainya ditambah, sepadan pelaburan dibuat bagi membangunkan pemain kelahiran Jitra, Kedah itu.

“Kalau ditambah dengan yuran perundangan dan sebagainya, KFA akan menerima kira-kira RM327,000. Tetapi bagaimana dengan soal latihan, perbelanjaan yang kita lakukan untuk ‘menaikkan’ pemain itu sebelum ini kerana jumlah itu juga sepatutnya diambil kira.

“Kita menerima nasihat daripada peguam yang mengatakan boleh ‘masuk’ kali kedua yang memungkinkan nilai pampasan itu ditambah. Soal pemain itu mahu membuat rayuan untuk mengurangkan nilai pampasan, itu hak dia,” katanya.

Pada Mei tahun lalu, wakil KFA bersama pasukan peguam menyerahkan bukti dan fakta isu perpindahan kontroversi pemain Harimau Malaya itu yang didakwa menggunakan pintu belakang ke JDT kepada Jawatankuasa Status FAM.

Begitupun, keputusan mesyuarat itu tertangguh kerana perlu mendapatkan keterangan lanjut daripada kedua-dua pihak terutama JDT yang tidak hadir ketika mesyuarat berkenaan.

Berdasarkan peraturan yang ada, JDT boleh dikenakan hukuman penggantungan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sekiranya KFA berjaya membuktikan wujudnya unsur ‘tapping up’.

Sabtu lalu, skuad Hijau Kuning menerima khabar gembira apabila AIAC di Kuala Lumpur memutuskan kes pampasan Akhyar berpihak kepada persatuan berkenaan.

Perkhabaran itu kemudian mendapat maklum balas Tunku Ismail yang mendedahkan KFA menuntut RM300,000 sebagai wang pampasan dan mengakui Akhyar tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikannya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 8:15 PM

Isnin, 13 Januari 2020

Akhyar akan bayar, dia kaya - TMJ


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

"KEDAH nak Akhyar bayar RM300,000," kata pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan jumlah pampasan diminta Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terhadap bekas pemainnya, Akhyar Rashid.

Bagaimanapun, Tunku Ismail yakin jumlah tuntutan diminta KFA mampu dilunaskan pemain berusia 20 tahun berasal dari Jitra, Kedah itu.

Jelasnya lagi, keputusan Pusat Timbang Tara (AIAC) yang berpihak KFA tidak harus dikaitkan dengan kelabnya kerana kes berkenaan hanya membabitkan Akhyar dan skuad Helang Merah.

“Kes ini Kedah ambil tindakan ke atas Akhyar, bukan JDT. Jadi yang kena bayar adalah Akhyar bukan JDT. Kedah nak Akhyar bayar RM300,000, tetapi Akhyar masih boleh buat rayuan untuk bayar kurang dari jumlah itu. Tetapi jangan risau, apa-apapun Akhyar akan bayar, dia kaya, terima kasih,” katanya membalas reaksi penyokong di ruang Instagram penyokong skuad Harimau Selatan hari ini.

Kelmarin, AIAC memutuskan isu kontroversi perpindahan Akhyar memihak KFA selepas skuad Hijau Kuning itu tidak berpuas hati berkaitan isu pelepasan kontrak Akhyar yang diputuskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Difahamkan, ketika itu adik kepada bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu masih memiliki kontrak bersama KFA sehingga 2019 dengan nilai baki kontrak atau tebus kontrak sebanyak RM210,000.

Bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM memuktamadkan segala kemelut yang timbul dan mana-mana pasukan berhak mendapatkan Akhyar dengan nilai RM75,000 bersama jumlah tebus kontrak berjumlah RM210,000.

Jumlah berkenaan dipertikaikan KFA sebagai keputusan tidak 'menang-menang' kepada mereka selaku majikan dan menyaksikan KFA terpaksa menuntut pembelaan dengan mengheret kes terbabit ke AIAC.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 6:45 PM


Sabtu, 11 Januari 2020

Kes Akhyar pindah ke JDT memihak Kedah


SUKAN»Bola
Sabtu, 11 Januari 2020 | 5:09pm
 
Menurut Majlis Timbangtara, kes melibatkan Akhyar berpihak kepada KFA. - Arkib NSTP
Kes Akhyar pindah ke JDT memihak Kedah
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerima khabar gembira apabila keputusan kes membabitkan perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur sebelum ini kini dikatakan berpihak kepada persatuan berkenaan.

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris berkata, berita berkenaan memberi sedikit kelegaan buat seluruh warga Kedah yang sabar menantikan keputusan berkenaan sejak tahun lalu.

"Menurut Majlis Timbangtara, kes melibatkan Akhyar ini berpihak kepada KFA. Kita menang, tetapi jumlah pampasan yang ditetapkan masih lagi perlu dipertimbangkan."

"Namun berita ini bercampur suka dan ralat. Suka kerana kita di pihak yang benar namun sedikit 'ralat' kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak disertai bersama pampasan latihan atau tanpa 'training compensation'."

"Sebolehnya saya ingin segera mengadakan perbincangan dikalangan exco KFA agar dapat berbincang secara teliti tentang pemasalahan dan tuntutan yang ingin diutamakan." katanya.

Asmirul turut memaklumkan bahawa peguam bagi pihak KFA mencadangkan agar persatuan berkenaan segera memfailkan tuntutan lain (terkini) yang selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan.

"Saya tidak dapat menyertakan jumlah pampasan yang akan ditawarkan kerana ianya masih dalam proses perundangan. InsyaAllah saya akan menyatakan dalam sidang media apabila kesemua proses tuntutan yang baru telah siap dibincangkan."

"Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan. Kita masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan yang baru."

"Apa yang ingin saya tegaskan di sini, apa pun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah dan demi kesinambungan kemajuan bola sepak negeri Kedah walaupun terpaksa mengambil masa. Janji kebenaran itu akan terlaksana." katanya.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/645875/kes-akhyar-pindah-ke-jdt-memihak-kedah

Kedah terima khabar gembira

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 11 Januari 2020


Akhyar menyertai JDT selepas berhijrah dari Kedah awal tahun lalu. - Foto JST
KEDAH menerima khabar gembira apabila Pusat Timbangtara Asia (AIAC) memutuskan tuntutan pampasan melibatkan bekas pemainnya, Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta'zim (JDT) awal tahun lalu memihak kepada skuad Lang Merah itu.


Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar berkata, berita berkenaan pastinya memberikan sedikit kelegaan kepada penyokong dan peminat Hijau Kuning yang menunggu keputusan berhubung tuntutan berkenaan sejak setahun lalu.

"Berita ini bercampur (suka dan ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ralat kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak disertai bersama pampasan latihan (without training compensation).

"Apa yang dapat difahami, menurut Majlis Timbangtara, kes berpihak kepada KFA. Kita menang tetapi jumlah pampasan yang ditetapkan masih lagi perlu dipertimbangkan.

"Malah, peguam mencadangkan agar kami segera memfailkan tuntutan lain (terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan," katanya dalam laman sosial Facebook peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Akhyar, Kedah enggan berganjak

Bagaimanapun, Mohd Asmirul berkata, beliau tidak dapat mendedahkan jumlah pampasan tersebut kerana ia masih dalam proses perundangan.

"Perkara berkenaan akan dinyatakan pada sidang media apabila kesemua proses tuntutan yang baharu siap dibincangkan. Kita harap masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan yang baharu.

"Apa yang ingin saya tegaskan di sini, apapun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah. Apapun akan kita buat demi kesinambungan kemajuan bola sepak negeri Kedah. Apaun akan kita buat walaupun terpaksa menanti masa. Janji kebenaran itu akan terlaksana," ujarnya.

Terdahulu, KFA telah mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tidak berpuas hati dengan keputusan badan induk bola sepak negara itu yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan bagi mendapatkan khidmat Akhyar.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan Akhyar hanya perlu membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.[1]



[1] https://www.sinarharian.com.my/article/65534/BERITA/Sukan/Kedah-terima-khabar-gembira

Kes Akhyar memihak Kedah


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
KEDAH memperoleh kemenangan moral apabila keputusan perpindahan kontroversi bekas pemainnya, Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) sebelum ini memihak kepada pasukan terbabit.

Perkara terbabit disahkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris yang melihat perjuangan badan induk bola sepak negeri itu untuk mendapatkan keadilan sewajarnya akhirnya memihak kepada mereka.

Beliau berkata, berdasarkan Majlis Timbang Tara, kes yang difailkan Mei tahun lalu berpihak kepada KFA, namun jumlah pampasan yang ditetapkan masih lagi perlu dipertimbangkan.

“Berita ini bercampur (suka dan ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ralat kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak disertai bersama pampasan latihan.

“Sebolehnya saya ingin segera mengadakan perbincangan dalam kalangan exco KFA supaya dapat berbincang secara teliti mengenai permasalahan dan tuntutan yang ingin diutamakan.

“Peguam mencadangkan supaya kami (KFA) segera memfailkan tuntutan lain (terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur berkaitan jumlah tuntutan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, hari ini.

Beliau berkata, keputusan yang memihak kepada KFA membuktikan badan induk bola sepak negeri itu berada pada pihak benar dan hanya menuntut hak mereka saja.

“Kita masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan baharu.

“Apa yang ingin saya tegaskan di sini, apa pun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah demi kesinambungan kemajuan bola sepak negeri Kedah walaupun terpaksa menanti masa yang akhirnya kebenaran itu akan terlaksana,” katanya.

Pada Mac tahun lalu, KFA menegaskan mereka tidak pernah berpatah balik dalam kes membabitkan penyerang kebangsaan itu.

Pihak KFA juga memulakan proses timbang tara di peringkat domestik terlebih dulu sebelum bidang kuasa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) boleh diguna pakai.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 5:59 PM