MyMetroArena
Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com

KHABAR angin mengenai dua
penyerang muda kebangsaan, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang dikatakan bakal
beraksi dalam Liga Jepun (Liga J) diharapkan menjadi kenyataan bagi membolehkan
mereka mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa.
Bekas pemain kebangsaan, Datuk
Jamal Nasir Ismail berpendapat, sudah tiba masanya pemain kebangsaan didedahkan
dengan corak pemain bertaraf antarabangsa bagi memantapkan lagi skuad Harimau
Malaya.
Katanya, pemain yang ingin
berjaya di peringkat antarabangsa memerlukan pendedahan dan pengalaman luas
beraksi dengan pasukan terbaik di peringkat lebih tinggi.
“Saya berharap impian peminat
bola sepak negara menyaksikan kelibat pemain Johor Darul Ta[zim (JDT) beraksi
dalam Liga J menjadi kenyataan demi kebaikan pasukan kebangsaan.
“Bukan sahaja Liga J, pemain
kebangsaan yang lain boleh mengintai peluang beraksi dalam Liga Korea (Liga K)
dan beberapa liga luar yang terbukti berkualiti.
“Tidak mustahil bermula dari Liga
J mereka dapat melangkah lebih jauh ke Liga Eropah yang menjadi gelanggang
menghimpunkan pemain terbaik dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari
ini.
Jamal Nasir berkata, tidak
mustahil penyertaan dua pemain itu ke Liga J menjadi sejarah tersendiri dan semua
pihak perlu memberikan sokongan penuh bagi memastikan peluang Safawi dan Akhyar
melangkah jauh di pentas antarabangsa.
Katanya, Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin juga diminta mencari lebih banyak
peluang kepada barisan pemain muda menyertai liga luar negara.
“Jika lebih ramai (pemain muda)
berpeluang beraksi di luar negara, lebih baik untuk kepada pembangunan dan
memantapkan pasukan kebangsaan, seterusnya menimbulkan rasa gerun kepada
pasukan lawan,” katanya.
Semalam, akhbar ini menyiarkan
berita berkaitan dua penyerang utama JDT, Safawi dan Akhyar dikatakan
berpeluang berguru di Liga J selepas memenuhi kriteria beraksi di negara
Matahari Terbit itu.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 4 Julai 2019 @ 6:58 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan