Akhyar
Kelibat Akhyar mencuri tumpuan.
KELIBAT Muhammad Akhyar Rashid
dalam aksi persahabatan bertemu Mongolia kelmarin nyata terus mencuri perhatian
penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan.
Lagenda bola sepak negara, Khalid
Ali menyifatkan persembahan yang ditunjukkan pemain itu sungguh luar biasa
walaupun hanya dimasukkan di separuh masa kedua.
Jelasnya, Malaysia memerlukan
lebih ramai pemain seperti Akhyar jika mahu memperbaiki mutu permainan di masa
akan datang.
"Saya memang tabik pemain nombor
7 (Akhyar) kerana dia telah menunjukkan keberanian yang tinggi dalam aksi-aksi
antarabangsa.
"Bagi saya, kita memang
memerlukan lebih ramai pemain seperti ini yang sentiasa berlari dan sama sekali
tidak takut untuk memberi asakan demi asakan untuk membantu negara menghasilkan
jaringan.
"Sayangnya, penyerang kita
terlalu tumpul. Mungkin Tan Cheng Hoe perlu membariskan lebih ramai pemain muda
yang lebih layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya selepas ini,"
katanya.
Mengulas sama ada Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) perlu menghantar pemain muda berbakat besar seperti Akhyar
beraksi di luar negara, Khalid menyifatkan keputusan itu bergantung kepada
keperluan.
"Pada saya tidak semestinya
kita perlu menghantar pemain kita ke luar negara. Mungkin FAM hanya perlu
melantik seorang pengarah teknikal yang benar-benar berkualiti, yang mana
individu yang dilantik itulah yang boleh membantu mengembangkan lagi bakat
pemain seperti Akhyar untuk terus maju di masa akan datang," katanya lagi.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23 MAC
2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan